Thursday, September 6, 2012

Anwar sendiri simbah cat kearah bas Merdeka Rakyat kata Roslan Kassim


Ini adalah cubaan Kata Ketua Penerangan Perkasa, Ruslan Kasim untuk memperbodohkan golongan muda di negara ini..

Katanya bas yang disimbah cat ini adalah angkara Anwar sendiri untuk menagih simpati dari golongan muda terhadapnya.. macam kes mata Anwar lebam dulu kot??

Pembangkang akan menggunakan pelbagai cara untuk mendapatkan simpati daripada rakyat ketika tarikh pilihan raya umum ke 13 semakin akhir kerana mereka beranggapan pilihan raya kali ini adalah peluang terbaik untuk mereka merampas Putrajaya.

Ketua Penerangan Perkasa, Ruslan Kasim menyifatkan tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan bas yang disimbah cat itu sebagai kenderaan konvoi jelajah pembangkang adalah strategi untuk menagih simpati.

“Itulah politik Anwar, beliau akan menggunakan apa sahaja untuk mendapat simpati, selain itu untuk menimbulkan persepsi negatif rakyat kepada pemerintah terutama UMNO, strategi sebegini bukanlah perkara baru kepada Anwar, telah digunakan sejak beliau dipecat daripada kerajaan dan UMNO dahulu.

“Imbas kembali apa yang tidak dilakukan oleh Anwar ketika dipecat, berlakon menggunakan kerusi roda, mendakwa ada pihak yang cuba meracunnya dan pellbagai lagi yang dilakukannya untuk mendapatkan simpati supaya menyokongnya.

“Dengan menggunakan bas yang disimbah cat itu, Anwar berharap rakyat akan simpati kepadanya dan rakyat akan menuduh penyokong UMNO dan Barisan Nasional bertindak ganas, Anwar pakar dalam membuat persepsi dan spekulasi,” katanya

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Anwar dan pembangkang yang menggunakan bas yang disimbah cat untuk konvoi jelajah pembangkang ke seluruh negara.

Menurut Roslan, pembangkang sudah ketandusan idea berikutan kegagalannya mentadbir negeri yang diperintah sejak pilihan raya lalu dan bagi menutup kelemahan itu mereka terpaksa menggunakan taktik lain yang dirasakan boleh memberi undi pada pilihan raya nanti.

“Ramai di kalangan generasi muda yang bakal menjadi pengundi buat pertama kali tidak mengenali siapa sebenarnya Anwar, golongan ini menjadi sasaran kepada pembangkang untuk mendapatkan sokongan dan cara yang terbaik ialah mendapatkan undi simpati serta menimbulkan kebencian kepada Barisan Nasional.

“Kepada pengundi muda, mereka diingatkan supaya tidak mudah terpengaruh dengan apa yang cuba dilakukan pembangkang itu, mereka perlu melihat apa yang sudah dilakukan pembangkang di negeri yang diperintah,” katanya.

Menurutnya, semakin hampir tarikh pilihan raya, pelbagai strategi serta kaedah akan digunakan pembangkang untuk mengelirukan rakyat, itulah cara terbaik iaitu dengan menimbulkan persepsi negatif kepada Barisan Nasional dan simpati kepada mereka. -MediaUMNO

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails