Monday, September 3, 2012

Anwar menyanyi.. Najib pun menyanyi jugak..


Bagi yang sering mengikuti ceramah DS Anwar Ibrahim pasti tahu bahawa sejak kebelakangan ini diakhir ceramah beliau, DS Anwar Ibrahim akan mengajak para hadirin menyanyi bersama beliau.

Lagunya berjudul 'Madu dan Racun' yang popular entah tahun bila aku pun tak tahu.. rangkap yang sering diajak hadirin menyanyikan bersama ilaha.. Madu ditangan kananmu.. Racun ditangan kirimu..'

Madu disifatkan sebagai Pakatan Rakyat manakala Racun pula sudah tentulah UMNO/BN dan hadirin diminta membuat pilihan yang mana satu akan menjadi pilihan..

Nampaknya... Najib juga meniru kaedah Anwar yang ini... kah..kah..kah.. Najib woi!! hang ni tak ada idea sendiri ka?

Semua nak tiru....

Najib dendangkan Janji Ditepati untuk TNB

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini cuba memikat hati satu lagi kumpulan kecil pengundi - kali ini dengan menyanyi lagu Janji Ditepati kepada kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) di samping menjanjikan mereka beberapa 'hadiah'.

Menurut Najib, antara janji yang telah ditepati adalah ikrarnya untuk melantik kepimpinan TNB daripada orang dalam TNB sendiri.

"Apabila timbul masanya untuk peralihan pucuk pimpinan pengurusan TNB, saya beritahu persatuan-persatuan TNB kalau sekiranya ada orang dalam (mampu jadi) ketua eksekutif TNB, saya akan lantik orang itu.

"Sebab itulah apabila kita pilih tema Janji Ditepati maka janji saya pada warga TNB telah saya tepati," katanya merujuk kepada pelantikan Ketua Pegawai Ekseutif TNB, Datuk Azman Mohd.

Pada majlis sama yang dihadiri kira-kira 5,000 kakitangan, Najib mengumumkan TNB akan menjadi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) pertama yang meningkatkan umur persaraan kepada 60 tahun - Malaysiakini

Adakah ini (menyanyi) juga adalah satu perancangan di Jabatan Perdana Menteri yang telah bocor ketangan Rafizi?

Kisah maklumat bocor dari JPM tu sila baca di ( SINI )

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails