Tuesday, August 7, 2012

UMNO/BN edar baucar BR1M palsu di Sabah?


Berikut adalah surat dari seseorang yang mengelarkan dirinya sebagai 'Warga Desa Pendalaman' yang mempersoalkan tentang BR1M yang diedarkan di Sabah.

Persoalan timbul apabila dua warga desa yang pada awalnya dikatakan layak menerima Baucar Tunai BR1M RM 500 setiap seorang oleh Jabatan Hasil Dalam Negeri dinafikan kelayakkannya oleh pihak institusi kewangan.
Saudara Pengarang,
PERIBAHASA ada menyatakan 'Sudah Jatuh Ditimpa Tangga'. Demikianlah nasib yang telah menimpa dua keluarga suku kaum Murut yang berasal dari Kampung Buntulan, Pensiangan semasa pelancaran program BR1M di kawasan Pendalaman peringkat pertama yang lepas.
Sepertimana yang kita tahu bahwa semua rakyat Malaysia yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 adalah layak untuk menerima bantuan RM500 daripada Kerajaan melalui Program Bantuan Rakyat Satu Malaysia (BR1M) dengan syarat permohonan mereka telah ditapis dan dilulus oleh Jabatan Hasil Dalam Negeri yang mengeluar dan mengagehkan pemberian Baucer BR1M 500 itu kepada semua Rakyat Malaysia yang layak.
Berbalik kepada intro cerita kekecewaan ini, dua anggota keluarga suku kaum Murut yang telah mendapat kelulusan dan layak untuk menerima bantuan di bawah program tersebut ialah Juffiry Bin Bakasut (MyKad 910511-12-5159 yang menerima Baucer BR1M RM 500 bernombor siri 1780474 dan Jusliah Bte Bakasut (MyKad 900210-12-6378) Baucar BR1M RM 500 bernombor siri 1780473.
Mereka telah menerima baucer-baucer tersebut dari Pejabat Hasil Dalam Negeri cawangan Nabawan.
Apa yang dianggap 'Pelik dan Aneh' atau sungguh menghairankan ialah apabila kedua dua warga luar kota ini pergi ke Bank Simpanan Nasional, Pekan Keningau untuk menukarkan Baucer tersebut kepada tunai; usaha mereka sia-sia sahaja kerana Kerani atau Juru Wang yang bertugas di kaunter pada hari itu memberi penjelasan bahawa mereka tidak LAYAK!
Dengan rasa tidak putus asa dengan penjelasan itu kedua-dua mereka itu yang disertai bersama-sama dengan bapa mereka terus menuju ke Maybank yang berhampiran untuk tujuan yang sama, tetapi mereka mendapat penjelasan yang sama di waktu berurusan di BSN.
Persoalannya sekarang, mengapakah permohonan bagi kedua-dua warga desa ini dapat diluluskan pada peringkat awalnya dan layak menerima Baucar Tunai BR1M RM 500 setiap seorang tetapi TIDAK diterima oleh pihak institusi kewangan ataupun bank yang dilantik oleh kerajaan untuk membayar tunai kepada setiap pemegang BR1M yang sah itu?
Kejadian yang menimpa kedua-dua warga desa itu amatlah dikesali dan menjadi tanda tanya sebagai Pelik dan Hairan. Seorang Peguam tempatan yang berasal dari Kawasan Pendalaman, Martin Tommy Durasim, juga Ketua Bahagian STAR, Pensiangan, telah menerima aduan daripada kedua warga Desa tersebut dan beliau telah mengambil langkah pertama ini melalui penyiaran perkara yang menghairankan ini ke saluran media untuk berkongsi pendapat bersama -sama orang ramai di luar sana.
Beliau juga berharap agar pihak yang berkenaan dapat menjalankan penyiasatan di atas peristiwa yang telah menghancurkan harapan dua Warga Desa yang telah bersusah payah datang dari kampung terletak jauh terpencil di Pedalaman hanya untuk menerima HAK mereka sebagai Rakyat Malaysia tetapi mereka hanya menerima KEKECEWAAN yang berbunyi “Kamu Tidak Layak Menerima Brim“.
Salam Hormat,


WARGA DESA PENDALAMAN

Oleh kerana mereka itu tinggal di pendalaman, mungkinkah pihak UMNO/BN merasakan jika ditipu sekalipun mereka-mereka itu hanya mereka yang tahu, tiada pihak lain yang akan tahu kerana suara mereka jauh di pendalaman..

Itu yang kita tahu... yang kita tak tahu berapa ramai agaknya yang dah ditipu?

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails