Friday, August 3, 2012

'Tiada Air macam mana nak wuduk?'..Awatlah bodo sangat depa ni?


Orang kata kalau kita berkawan dengan orang bijak pandai sikit sebanyak kita juga akan menjadi bijak.. begitulah juga jika kita berkawan dengan orang bodoh.. kita juga akan terikut-ikut kebodohannya itu..

Gambar di atas adalah gambar sekumpulan manusia yang dipimpin oleh seorang Pemimpin Melayu yang bodoh iaitu Ibrahim Ali..

Mereka terdiri dari ahli-ahli Gerakan Tukar Kerajaan Pas Kelantan Demi Rakyat (Tukar) dan Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK)yang menyokong tindakan Ibrahim Ali untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Kerajaan Pas Kelantan serta syarikat miliknya, Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB).

Ini kerana menurut mereka  kerajaan PAS Kelantan menyelesaikan masalah bekalan air bersi..

Malangnya dalam demo mereka itu, mereka secara tidak sengaja telah mempamirkan kebodohan dan kejahilan mereka sendiri.

Dari banner mereka itu tertera 'Islam PAS macam mana nak wuduk, Tiada Air'.. dan laporan dari Lidah Rasmi UMNO di bawah pula mengatakan sudah empat hari bekalan air di Pasir Mas terputus.

Oleh kerana tiada air mereka tidak boleh mengambil wuduk untuk menunaikan solat.. oleh itu mereka juga telah memberikan alasan kenapa mereka tidak solat.. iaitu tiada air untuk berwuduk..

Itulah.. bila orang bodoh dijadikan pemimpin.. begitulah hasilnya...

Kalau dah tak ada air tu.. tayammum kan boleh...

"Adapun jika kamu sakit atau sedang dalam perjalanan atau setelah buang air atau kamu telah menyentuh perempuan, SEDANGKANKAMU TIDAK MENDAPAT AIR, maka BERTAYAMUMLAH kamu dengan debu tanah yg baik (suci)i" (Surah An-Nisa ayat 43/Surah Al- Maidah ayat 6)

Kalau mahu air juga.. suruhlah Raja Katak tu panggil hujan...

Laporan berkaitan..

NGO sokong saman AKSB KOTA BHARU 

1 Ogos - Dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini menyokong penuh hasrat Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Kerajaan Pas Kelantan serta syarikat miliknya, Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB). 

Gerakan Tukar Kerajaan Pas Kelantan Demi Rakyat (Tukar) dan Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) yang sebelum ini mengadakan beberapa perhimpunan mendesak kerajaan Pas Kelantan menyelesaikan masalah bekalan air bersih di negeri ini menyifatkan langkah tersebut amat tepat kerana rakyat telah terseksa sejak sekian lama. 

Pengerusi Tukar, Kamaruddin Mohd. Kasim berkata, masalah bekalan air bersih itu bukan sahaja berlaku di Pasir Mas tetapi di seluruh negeri ini. 

"Kita menyokong penuh dan akan bersama dengan Ibrahim sekiranya beliau mahu membawa isu ini ke mahkamah kerana ia melibatkan kepentingan rakyat Kelantan keseluruhannya. 

"Tukar juga menyeru rakyat negeri ini yang perlu membayar bil air yang tinggi biarpun yang keluar hanya angin untuk bersama-sama mengambil tindakan sama ada di mahkamah atau tribunal pengguna," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. 

Beliau mengulas amaran Ibrahim semalam supaya Kerajaan Pas Kelantan dan AKSB menyelesaikan segera masalah bekalan air bersih yang terputus sejak tiga hari lalu di sekitar daerah itu jika tidak mahu berhadapan dengan tindakan undang-undang. 

Amaran keras tersebut diberi selepas penduduk di kawasan berkenaan mengadu tiada bekalan air sejak tiga hari lalu malah ada kampung yang terputus bekalan air lebih lama. 

Sementara itu, Presiden MTRK, Azmi Ali berkata, sudah tiba masanya rakyat Kelantan mengambil tindakan tegas terhadap kerajaan Pas Kelantan yang sekian lama mengabaikan tanggungjawab mereka. 

"MTRK menyokong penuh usaha Ibrahim ini kerana di Pasir Mas sendiri sudah empat hari terputus bekalan air. 

"Memang wajar dan sudah sampai masanya rakyat Kelantan mengambil tindakan terhadap kerajaan negeri kerana kehidupan mereka terjejas teruk," katanya.

Lidah Rasmi UMNO
Semakin dekat dengan PRU.. semakin haru biru Ibrahim Ali ni...

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails