Wednesday, August 29, 2012

Harga getah dah jatuh ni.. Tak nak berterima kasih kepada Barisan Nasional ke?


Terima Kasih kepada Kerajaan Barisan Nasional, Kerana Barisan Nasional Harga Getah naik, Harga Kelapa Sawit Naik dan harga Kelapa naik..

Begitulah mudahnya Pemimpin-pemimpin UMNO/BN memperbodohkan rakyat yang hidupnya sukar untuk mendapatkan berita alternative selain dari Utusan dan TV3 sahaja, apa yang dibaca didepan mata itulah yang dipercayai mereka.

Sedangkan kesemua komoditi diatas naik harganya tidak ada kena mengena dengan Barisan Nasional dan UMNO langsung.. Harganya ditentukan oleh pasaran dunia dan pasaran dunia tidak dikawal oleh Barisan Nasional mahupun UMNO.

Sekarang.. harga salah satu dari komoditi tersebut di atas telah menjunam.. nak berterima kasih lagi ke?

Penoreh gesa media dedah harga getah semasa 

BALING: Seorang penoreh getah dari Kampung Caruk Bemban, Kupang, Zakaria Abdul Wahab, 58, mencabar media massa di negara ini membuat tinjauan segera mengenai harga getah semasa yang makin jatuh merudum.

Harga semasa getah sekarang ialah RM2.30 sehingga RM2.70 sekilogram mengikut kawasan dan kemungkinan akan jatuh beberapa minggu lagi.

Situasi itu katanya, membuatkan penoreh terpaksa mengikat perut sekali lagi ekoran harga barangan kian melambung berbanding pada 2009 dan 2010 di mana harga getah melonjak tinggi sehingga melegakan para penoreh.

"Saya cabar media massa di negara ini buat tinjauan segera tentang harga getah yang dah merudum teruk. Dulu tinggi sehingga mencecah RM4.50 sehingga RM5.00 sekilo tetapi kini jatuh tertiarap RM2.30 sehingga RM2.70 sekilo," ujarnya ketika ditemui.

Menurutnya, media pro Umno dan Barisan Nasionall (BN) bertindak tidak adil kerana enggan melaporkan sebarang berita mengenai harga pasaran getah sekarang berbanding dahulu di mana mereka sanggup turun ke ladang getah semata-mata bertemu penoreh dengan tujuan mengambil gambar kononnya para penoreh mulai menikmati kehidupan yang lebih sempurna hasil pentadbiran BN.

Katanya, ada juga yang mengambil gambar penoreh datang menoreh dengan kereta kerana menikmati harga yang melambung dan mewawancara golongan bergelar 'makcik dan pakcik' demi memuaskan kehendak politik Umno dan BN.

Tidak dinafikan tambah beiau, dulu terdapat kakitangan kerajaan atau mereka yang berpendapatan tinggi turun ke ladang getah menoreh semata-mata mahukan pendapatan lebih.

"Contohnya guru yang mengajar di sebelah petang akan menoreh di sebelah pagi manakala bagi mereka yang mengajar pagi mengambil kesempatan berbuat demikian di sebelah petang.

“Kadang-kadang jika dilihat ianya macam nak tergelak," jelas beliau yang lebih mesra di panggil Pak Ya Baling. - Harakah Daily.

Kalau dulu pemimpin-pemimpin UMNO boleh menaikkan banner mengucapkan terima kasih kepada BN kerana harga getah naik..

Aku rasa.. tak salah kalau rakyat yang terdiri dari penoreh getah pula menaikkan banner 'Haram Jadah Kerajaan Barisan Nasional' pula kerana menyebabkan harga getah jatuh... he..he..

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails