Saturday, August 11, 2012

Shahrizat bingung atau bengong?


Bekas Menteri Pembangunan Wanita dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil didapati tertekan ketika berhadapan peguam bela, Ranjit Singh.

“Saya rasa situasi tadi telah meletakkan Shahrizat dalam keadaan tertekan,” kata Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin ketika ditemui.

Shahrizat juga dilihat bingung untuk menjawab soalan hingga terserlah perwatakan beliau sebagai seorang ibu yang tidak peka terhadap kehidupan suami dan anak-anak.

“Saya tahu anak saya bekerja dengan suami saya, tapi apa yang mereka buat dan ke mana (mereka pergi) saya tidak tahu,” kata Shahrizat.

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, situasi kes berlangsung tadi merupakan satu permulaan yang baik bagi perjalanan kes itu.

“Peguam telah melakukan kerja yang baik, seronok melihat prosiding tadi,” katanya.

Mahkamah menetapkan perbicaraan kes disambung 18 September depan.

Laporan sebelumnya...

Shahrizat akhirnya akui tahu projek NFC dikendali suami

KUALA LUMPUR 10 Ogos: Datuk Seri Shahrizat Jalil akhirnya mengaku hari ini bahawa beliau tahu tentang projek Pusat Fidlot Nasional (NFC) yang dipengerusikan suaminya.

Isnin lalu, bekas Menteri Pembangunan Wanita dan Masyarakat itu beriya-iya menafikan beliau tidak tahu menahu tentang projek tersebut, malah mengatakan tidak menjaga urusan kerja suaminya.

“Saya dapat tahu tentang NFC melalui suami dan media,” kata Shahrizat.

“Dalam tahun 2006 hingga 2007, suami saya minta anak-anak pulang dari luar negara untuk bantu urus projek,” katanya.

“Bila suami beritahu dia nak anak-anak bantu bina ladang, masa itu baru saya tahu tentang projek NFC,” jelas Sahrizat lagi.

Beliau juga beberapa kali mengelak menjawab soalan peguam pembela, Ranjit Singh.

“Jika keluarga menteri dapat keuntungan dari projek kerajaan, adakah menteri itu juga akan dapat untung?” soal Ranjit.

Shahrizat bagaimanapun enggan menjawab soalan tersebut.

Jawapan Shahrizat semasa memberi keterangan pada perbicaraan kes itu pagi tadi mendapat reaksi pimpinan KEADILAN termasuk Pengarah Strategi, Rafizi Ramli yang juga saksi dalam kes ini.

“Mahkamah keluh kesah (orang Umnolah yang gelisah) bila Kak Jat (Shahrizat) bagi keterangan dia tak tahu anak dia kerja apa walaupun kerja dengan suaminya,” tulis Rafizi dalam twitternya.

Ketua Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin turut mengkritik sikap dolak dalik Shahrizat itu.

“Keluarga itu cukup berahsia, dia tak tahu suaminya kerja apa, anaknya kerja apa dan suaminya juga mungkin tak tahu dia Menteri,” kata Badrul yang lebih dikenali Chegu Bard ketika membalas tulisan rakan twitternya.

Sementara itu, Setiausaha Wanita, Juwairiya Zulkifli mempersoal tindakan Ketua Wanita Umno itu kerana memberikan jawapan berbelit-belit.

“Kak Ijat cakap terlalu berhati-hati sampai terjerat sendiri…Cakap saja terus terang apa yang dia tau! Tak payah nak reka-reka.

“Kak Ijat ni jawab flip flop dan tak faham-faham soalan peguam,” kata Juwairiya lagi.


http://www.keadilandaily.com/?p=34343

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails