Monday, August 27, 2012

Rumah Terbuka Najib, 80,000 hadir.. tapi Najib terpaksa agihkan bertin-tin biskut percuma..


Jika tahun lepas kehadiran bagi rumah terbuka Perdana Menteri di Parlimen Pekan ialah 50,000 orang tetapi pada tahun 2012 ini jumlah yang hadir dilaporkan semaki bertambah.

Bulletin Utama TV3 mengumumkan jumlah yang hadir ialah 100,000 orang iaitu pertambahan 1 kali ganda dari tahun lepas, tetapi semakan di web site TV3 angka yang ditulis ialah 80,000 orang.

Manakala BERNAMA pula melaporkan 70,000 orang telah hadir ke rumah terbuka Perdana Menteri di Parlimen Pekan.

Baguslah kalau macam tu.. kalau jumlah 100,000 yang hadir itu dianggap sebagai menunjukkan sokongan terhadap Najib.. maka Najib tak perlulah berasa gentar untuk membubarkan Parlimen.

Ini kerana pada PRU yang ke 12 lalu dari 52,687 pengundi Najib telah perolehi 31,956 undi.. kalau 100,000 yang hadir pada majlis Najib kali ini.. Najib tak perlu khuatir..

Jentera Pilihanraya UMNO Pekan pun tak perlu buat kerja dah.. gerenti boleh menang punyalah.. ini kalau kehadiran itu dijadikan kau ukur sokongan rakyat terhadap Najib..

Tapi yang aku hairan tu... kenapa kebanyakkan yang hadir dilihat menggalas tin-tin biskut untuk dibawa pulang??




Cuba korang tengok video di TV3 di ( SINI ) dan saksikan sendiri berapa ramai yang menggalas tin biskut untuk dibawa pulang..



Kreatif juga pencacai Najib ni ya dalam nak menjadikan ramai yang hadir ke majlis Najib..

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails