Friday, August 3, 2012

Rais orang tua yang tak faham keperluan semasa kata Bekas Ketua Penerangan UMNO Perlis.


Kejam betul mamat nih!! dia belasah Rais sungguh-sungguh.. langsung tak berlapik.. sedap saja dia kata Rais orang tua yang tak faham keperluan semasa..

“Elok sahaja dia (Dr Rais) meletakkan jawatan dan berundur. Orang tua tidak memahami keperluan semasa... bukan aku kata tapi Bekas Ketua Penerangan UMNO Perlis yang kata..

Selain itu kata dia Rais tidak faham erti tronsfarmasi yang Najib lakukan, Rais juga dah rosakkan momentum transformasi yang Najib lakukan..

Kerana Rais juga sekarang orang ramai menyalahkan UMNO/BN..

Bekas Ketua Penerangan Umno Perlis, Datuk Hashim Suboh menyelar Datuk Dr Rais Yatim  dan menyifatkan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sebagai punca kontroversi sambutan hari merdeka 31 Ogos ini.

“Dr Rais anggota kabinet yang tidak memahami erti tranformasi yang mahu dibuat oleh Perdana Menteri. Beliau telah merosakkan momentum sambutan hari merdeka.

“Kerana beliau, pembangkang telah mempolitikkan tema hari merdeka.

“Elok sahaja dia (Dr Rais) meletakkan jawatan dan berundur. Orang tua tidak memahami keperluan semasa.

“Beliau telah merosakkan momentum tranformasi Datuk Seri Najib Tun Razak. Sekarang orang menyalahkan, BN, Umno dan Najib,” kata beliau hari ini.

Pakatan Rakyat tolak


Menurut Hashim,  tema sambutan hari merdeka perlu bercirikan semangat kenegaraan bagi memastikan semua rakyat merasa bangga menjadi warga yang merdeka.

Bagaimanapun, Katanya, kebebalan politik Dr Rais boleh menyebabkan sambutan hari merdeka menjadi hambar.

“Kita simpati dengan Perdana Menteri yang mahu melaksanakan tranformasi tetapi dibantutkan oleh ahli-ahli kabinet yang tidak memahaminya.

“Menteri-menteri kabinet juga ferlu tranformasi tetapi berlainan sekali dengan yang ini. Beliau tidak memahami tranformasi,” tambah Hashim lagi.

Pakatan Rakyat menolak tema Janji Ditepati kerana mendakwa ia kempen BN.

Sebaliknya  memilih tema alternatif “Sebangsa, Senegara,  sebagaimana diumumkan Pengerusi jawatankuasa pemilihan tema tersebut, Datuk A Samad Said baru-baru ini.

Pakatan Rakyat juga memberi tempoh seminggu supaya Janji Ditepati ditarik balik - Free Malaysia Today

Aku ingatkan orang-orang Pakatan Rakyat saja yang menyampah dengan dia.. Orang-orang UMNO pun sama rupanya..

Kalau macam tu... letak jawatanlah Rais....

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails