Wednesday, August 8, 2012

Rais kata Pakatan Rakyat tiru tema Jabatan Penerangan

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata pihak pembangkang kini sudah kekeringan ilham sehingga terpaksa 'mencedok' hasil kerja kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk dijadikan sebagai ilham sendiri.

Mengulas tindakan pembangkang yang tampil dengan tema Hari Kemerdekaan mereka sendiri, beliau berkata tema itu sebenarnya pernah dipakai oleh Jabatan Penerangan dalam buku-buku perpaduan yang diterbitkan pada tahun 2009.

Beliau juga menganggap langkah itu sebagai permainan politik pembangkang yang sengaja mahu memperlekeh kejayaan BN di mata rakyat, lebih-lebih lagi tahun ini diramal sebagai tahun yang akan diadakan pilihan raya umum ke-13.

"Mereka terdesak dan kekeringan ilham. Mereka juga iri hati terhadap kejayaan dan janji yang ditepati kerajaan selama ini.


Macam balas dendam saja Menteri Re-Cycle ni..

Bila kena kat dia pandai pulak ugut nak guna saluran undang-undang.. bila dia pulak menuduh tak apa..

Yang aku tak faham ialah apa kena mengena tema hari kemerdekaan Pakatan Rakyat dengan iri hati terhadap kejayaan dan janjiUMNO/BN...

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails