Thursday, August 30, 2012

Nak bagi ramai ke himpunan janji dicapati.. Najib terpaksa diadakan cabutan bertuah..

Adoii.. tak pernah lagi sepanjang hidup aku ini aku mendengar ada negara yang sangat terdesak untuk mengajak rakyanya hadir ke perhimpunan menyambut Hari Kemerdekaan negara mereka..

Inilah yang pertama kali aku mendengarnya, bukan dari negara luar atau negara jiran tetapi dari negara kita sendiri.

Sebelum ini.. Mahasiswa dikatakan dibayar RM100 untuk hadir ( baca di SINI ), lepas tu Kakitangan DBKL pula dikerah untuk hadir ( baca di SINI ).. lepas tu pula Kakitangan KTMB diupah RM30 untuk hadir ( baca di SINI )

Ini pula.. kerana terpaksa untuk menarik minat rakyat untuk turut hadir dalam Himpunan 55 Tahun Merdeka ‘Janji dicapati’, kerajaan Barisan Nasional terpaksa mengumpan rakyat Malaysia dengan berbagai hadiah menarik cabutan bertuah.



Laporan berkaitan..

PROTON PREVE, CHEVROLET CRUZE, MOTOSIKAL ANTARA HADIAH CABUTAN BERTUAH HIMPUNAN MERDEKA

KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Sebuah kereta Proton Preve, kereta Chevrolet Cruze, tiket penerbangan ke London dan Sydney, empat motosikal Modenas, sebuah Vespa Naza adalah antara hadiah menarik cabutan bertuah untuk orang ramai yang berkunjung ke Stadium Nasional Bukit Jalil pada sebelah malam 31 Ogos bagi memeriahkan acara ''Himpunan 55 Tahun Merdeka: Janji Ditepati''.


Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Kamaruddin Siaraf berkata hadiah lain berupa sebuah Motorbike 125, tiga unit telefon pintar Blackberry, 50 unit Huawei Tablet dan 10 unit basikal Fixie.

Semua hadiah tersebut merupakan tajaan daripada syarikat korporat iaitu Yayasan Al-Bukhary, Naza Motor, MAS, Celcom, Axiata dan Tenaga Nasional Berhad (TNB), katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata sebanyak satu juta kad cabutan bertuah yang juga kad ucapan khas Selamat Hari Raya Aidilfitri daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin disediakan dan sebahagian besarnya telah diedarkan kepada orang ramai di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

"Kad cabutan bertuah itu juga akan diedarkan di semua pintu masuk Stadium Nasional Bukit Jalil pada 31 Ogos dan orang ramai perlu mengisi butiran seperti nama, nombor kad pengenalan dan nombor telefon di sebahagian keratannya sebelum memasukkannya ke dalam kotak yang disediakan di pintu masuk stadium," katanya.

Beliau juga mengingatkan kepada semua yang memiliki kad cabutan bertuah itu agar datang menyaksikan pelbagai acara yang disediakan pada malam himpunan itu bersama-sama kad cabutan bertuah mereka.

"Cabutan akan dibuat selepas pukul 10.30 malam, jadi pastikan pengunjung kekal sehingga ke penghujung acara sambil menikmati konsert daripada ramai artis terkenal," katanya.

Kamaruddin juga berharap dengan adanya segmen cabutan bertuah itu dapat menarik lebih ramai pengunjung ke himpunan itu dan menjangkakan seramai 80,000 ke 200,000 yang akan hadir.

"Kita harap dapat tarik seramai mungkin pengunjung, kalau di dalam stadium penuh, kita juga sediakan pentas dan kerusi serta pancaran LCD di luar bagi membolehkan orang ramai mengikuti ucapan Perdana Menteri," katanya.

 ''Himpunan 55 Tahun Merdeka: Janji Ditepati'' yang diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil bermula seawal 3.30 petang dengan aktiviti jualan Merdeka Raya dan persembahan artis manakala pada sebelah malamnya diadakan perarakan perpaduan, anugerah Pencapaian Cemerlang Tokoh Negara dan ucapan Najib.

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails