Sunday, August 19, 2012

Perutusan Khas yang disiar oleh penggodam Blog Anwar Ibrahim


17 Ogos lalu Blog Datuk Seri Anwar Ibrahim telah digodam dan satu Perutusan Khas kononnya dari DS Anwar Ibrahim telah disiarkan oleh pihak yang menggodam Blog tersebut.

Antara kenyataan disiarkan ialah permohonan maaf dari hujung kaki ke hujung rambut oleh DS Anwar Ibrahim kepada Najib kerana telah memfitnahnya.

Disamping itu permohonan maaf atas keterlanjuran beliau menyokong Israel tempoh hari juga dikemukakan kepada umat Islam di Malaysia.

Pasukan Pentadbir Blog Dato Seri Anwar Ibrahim menyedari Blogtersebut telah digodam sekitar jam 11.50 dan yang menariknya pihak yang terawal mengetahui perkara ini ialah Blogger Pro UMNO.


Ada yang melaporkan kononnya selepas solat tarawikh beliau menjenguk ke Blog Anwar Ibrahim untuk melihat samada terdapat atau tidak laporan mengenai temubual Google Hangout #BorakAnwar.

Secara tiba-tiba beliau ternampak entri seperti di bawah. Tanpa membuang masa, beliau printscreen apa yang boleh.


Yang menjadi persoalan disini ialah, kenapa Blogger Pro UMNO tahu bahawa Blog Anwar Ibrahim telah digodam begitu awal dan mereka punya masa untuk printscreen apa yang tersiar sedangkan menurut Pasukan Pentadbir Blog tersebutianya digodam selama 20 minit sahaja?

Kalau korang tak nampak apa yang terpapar tu sila lihat di bawah..

PERUTUSAN KHAS

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh & Salam Kesejahteraan.

Alhamdulillah kita sedang memasuki fasa terakhir bulan puasa di mana kita akan bergembira kerana beroleh kemenangan pada Hari Raya Aidil Fitri.

Pada tahun ini, saya dan keluarga ingin mengambil kesempatan memohon ampun dan maaf, dari hujung kaki ke hujung rambut, khususnya kepada YAB Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansur yang saya sebenarnya sangat kenal rapat baik orangnya.

Saya sebenarnya merasa sugul dan berdosa dengan keterlampauan beberapa pihak dalam pasukan kita, di mana dalam usaha kita mengejar kedudukan dan jawatan Perdana Menteri, kita telah jauh pergi hingga memfitnah Datuk Seri Najib dan keluarganya.

Saya ingin mengajak rakan-rakan saya dan jentera pakatan supaya membuat perubahan dengan menghormati institusi kePerdana Menterian yang sekian lama kita warisi.

Jawatan Perdana Menteri adalah khas untuk orang Melayu dan Islam sahaja, bukannya untuk bangsa lain.

Kepada umat Islam di Malaysia, saya turut ingin memohon maaf atas keterlanjuran saya menyokong Israel tempoh hari. Sesungguhnya saya tidak mampu untuk menghalang kehadiran mereka dalam hidup saya, maka dalam keterpaksaan saya perlu mengikuti kemahuan, desakan dan asakan bertubi-tubi mereka.

Sebenarnya saya turut mendapat maklumat yang salah berkenaan kes Altantunya. Saya akui maklumat itu belum boleh disahkan.

Dalam hal Bersih 3.0, saya sangat-sangat menyesal kerana melibatkan kerosakan keharmonian negara.

Sebenarnya, saya tidak pernah bersetuju secara peribadi hal-hal yang sedemikian, melainkan desakan rakan-rakan bukan Islam dalam pakatan.

Sebagai Ketua, saya perlu adil kepada semua dan memenuhi segala keinginan mereka walaupun ianya sebenarnya bertentangan dengan kehendak saya.

PRU13 akan menjelang tidak berapa lama lagi, sekiranya saya tewas kali ini, saya akan kembali ke Amerika Syarikat dan kembali mengajar di universiti di sana.

Kepada rakyat Malaysia, saya akui Datuk Seri Najib adalah seorang pemimpin dan pentadbir yang paling sesuai untuk rakyat Malaysia. “SEBANGSA SEJIWA SENEGARA”

Selamat Hari Raya Aidil Fitri & Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-55 Tahun

Anwar Ibrahim,
Ketua Umum,
Parti Keadilan Rakyat (PKR)

17 Ogos 2012.

Blogger Pro UMNO juga mempertikaikan dakwaan blog Anwar Ibrahim digodam.

Kenapa hanya 20 minit. Tidakkah penggodam atau hackers akan menggodam sehingga website / blog tersebut down dan tak dapat diakses kemudiannya mengambil alih laman tersebut soal mereka.

Jika blog Anwar digodam hingga lumpuh dan diambil alih oleh penggodam itu.. bagaimana agaknya pembaca yang melawati Blog tersebut hendak membaca 'Perutusan Khas' palsu yang disiarkan mereka agaknya?

Dari apa yang disiarkan oleh penggodam yang mengambil alih Blog Anwar selama 20 minit itu jelas ianya bukanlah mahu mengambil alih Blog tersebut atau melumpuhkannya tetapi hanyalah untuk memalukan DS Anwar Ibrahim sendiri kononnya 'Perutusan Khas' itu ditulis oleh Anwar..

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails