Tuesday, August 21, 2012

PANAS!! Rumah Terbuka Anwar Ibrahim hambar sekali..

Secara rasminya DS Anwar Ibrahim telah mengumumkan bahawa beliau akan mempertahankan Kerusi Parlimen Permatang Pauh (P044) yang di sandangnya kini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman, di Pusat Khidmat PKR Guar Perahu di sini semalam.

Pada 2008, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh untuk memberi laluan kepada suaminya (Anwar) bertanding pada pilihan raya kecil untuk kerusi tersebut.

Pada pilihan raya kecil itu, Anwar mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) Arif Shah Omar Shah daripada Umno dan Hanafi Mamat daripada Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) dengan majoriti 15,671 undi - laporan penuh sila baca di ( SINI )

Malangnya kehadiran beliau mula kelihatan ditolak oleh rakyat Permatang Pauh sendiri dengan tidak memberikan sambutan terhadap majlis yang melibatkan DS Anwar Ibrahim.

Contoh terbaru ialah Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri DSAI dan TKM1 yang telah berlangsung semalam ini..

Tengoklee.. betapa hambarnya sambutan rakyat Permatang Pauh..
















Hambar?? kalau betul-betul hambar TV3 akan siarkan laporan tentang ini tiga hari tiga malam berturut-turut dan Utusan Malaysia akan jadikan tajuk utama terbitannya hari ini..

Tapi tidak..  kerana majoriti rakyat Permatang Pauh bukanlah begitu bodoh untuk mudah terpedaya dengan propaganda yang di mainkan oleh TV3 dan Utusan..

Biarpun hebahannya kurang menyeluruh dan majlis diadakan pada hari raya yang kedua ketika ramai antara kita sibuk menziarahi rumah sanak saudara.. majlis tetap mendapat sambutan hangat..

Tahniah buat semua yang menjayakan majlis!!!

Sumber gambar dan lagi gambar sila lihat di SINI

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails