Monday, August 6, 2012

Menteri Pengajian Tinggi guna harta Kerajaan untuk merayu undi.. lihatlah!

Sekitar June 2011, Najib dilaporkan telah mencampuradukkan agenda peribadi dengan agenda rasmi kerajaan bilamana beliau dilaporkan telah mengambil kesempatan dari lawatannya ke Kazakhstan.

Dalam agenda rasmi Kerajaan iaitu menghadiri Forum Ekonomi Dunia Islam di negara tersebut, Najib dan Rosmah telah mengambil kesempatan untuk menguruskan perkahwinan anaknya, Noryana Najwa dengan seorang anak pembesar negara itu.

Dewan Rakyat telah diberitahu jumlah keseluruhan sebanyak RM 1,072,213.22, telah dihabiskan oleh rombongan Najib bagi menghadiri Forum Ekonomi Dunia Islam di samping menguruskan perkahwinan anaknya itu - sepenuhnya sila baca di ( SINI )

Ini bukanlah pertama kali. Semasa anaknya menerima ijazah di Universiti Georgetown, Washington, Amerika dia dan keluarga juga ke sana dengan program rasmi kerajaan.


Dan ketika negara menyambut hari Kemerdekaan yang ke 54 pula, Najib dilaporkan telah menggunakanJet rasmi Kerajaan untuk bercuti ke Australia.. daca di ( SINI )

Muhyiddin pula dilaporkan telah menggunakan pesawat NURI milik TUDM untuk mempengerusikan mesyuarat UMNO Bahagian Kudat pada 15 Ogos 2009.

Selepas mempengerusikan mesyuarat UMNO Bahagian Kudat beliau dilaporkan akan merasmikan mesyuarat Umno bahagian Penampang pula.

Malangnya Helikopter Nuri milik TUDM yang membawa beliau terpaksa membuat pendaratan cemas di Tuaran Sabah akibat cuaca buruk - sepenuhnya sila baca di ( SINI )

Sebagai Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin memang layak menggunakan Helikopter Nuri itu untuk tugas-tugas rasmi.. tetapi beliau telah menggunakan Helikopter Nuri itu atas kapasiti Timbalan Presiden UMNO yang mempengerusikan mesyuarat UMNO..

Bukan sebagai Sebagai Timbalan Perdana Menteri yang akan mempengerusikan mesyuarat kerajaan Negeri..

Bak kata pepatah Melayu “Kalau bapa kencing berdiri, anak kencing berlari”.. tindakan menyalahgunakan harta kerajaan kedua-dua pemimpin tertinggi UMNO itu ternyata telah menjadi ikutan pemimpin bawahan mereka..

Baru-baru ini, seorang pembaca telah memaklumkan akan penyalahgunaan kuasa atau penyalahgunaan harta kerajaan oleh seorang Menteri.

Bersama e-mail yang dikirimkannya itu disertakan tiga keping gambar yang membuktikan bahawa Menteri di Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah menggunakan dana kerajaan untuk tujuan kempen politiknya.

Menurutnya Ahli Parlimen Barisan Nasional Pasir Gudang, DS Khalid Nordin telah menggunakan sampul surat Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang dibayar dengan setem RM0.70 untuk menghantar surat rayuan kepada graduan yang bakal mengundi di Parlimen Pasir Gudang.


 Graduan-graduan tersebut adalah pengundi baru yang telah didaftarkan di Kawasan Parlimen Pasir Gudang.

Dalam surat rayuannya itu Khalid Noordin telah merayu kepada pengundi baru yang akan membuang undi buat kali pertama agar mengundi Barisan Nasional dalam PRU yang akan datang ini..


Dan surat rayuan tersebut telah disertakan dengan flyers atau risalah tentang Karnival Kerjaya yang diadakan oleh Pemuda BN di Pasir Gudang.


Itulah budaya UMNO.. baik pemimpin mahupun pancacai mereka menganggap Harta Kerajaan itu adalah Harta UMNO dan harta UMNO itu pula adalah harta Mak Bapak mereka...

Satu kepercayaan yang menjadikan apa yang dinamakan sebagai salahguna hak kerajaan itu tidak wujud dibenak pemikiran mereka..

Sebabnya semua Harta Kerajaan itu dianggap sbagai Harta Mak Bapak mereka.. contoh yang terdekat dengan kita adalah Balai Raya.. bila mereka kalah dibeberapa buah negeri dalam PRU yang lalu habis segala harta kerajaan di dalam dewan dijarah mereka..

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails