Monday, August 6, 2012

Masalah Air di Pahang sendiri tak selesai.. Najib beri jaminan masalah air di Kelantan akan selesai?


Kata Najib ketika melawat Kelantan, Barisan Nasional (BN) akan menyelesaikan masalah air yang kritikal di Kelantan jika ia menawan kembali negeri ini pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).


Perkara ini tidak sepatutnya berlaku di Kelantan hingga membebankan rakyat yang selama ini memberi mandat kepada Pas untuk memerintah sejak 1990 tambahnya lagi..

Dengan bongkaknya beliau menambah "Tidak usah bercakap soal lain, kalau masalah air pun tidak boleh diselesaikan. Saya beri jaminan dalam tempoh terdekat ini boleh diselesaikan oleh kerajaan BN.


Kalau diikutkan kata Najib itu.. beliau sendiri yang tak perlu bercakap tentang soal lain..

Ini kerana sejak empat tahun yang lalu, beberapa kawasan kampung di sekitar Temerlohm Pahang negeri yang dikuasai oleh UMNO/BN sendiri berhadapan masalah bekalan air paip yang kritikal.

Paling terjejas, Kampung Lebak Seberang dan Kampung Paya Badak, dengan kebanyakan penduduknya masyarakat orang asli.

Isunya ialah kebelakangan ini, mereka amat sukar untuk meredah hutan mencari bekalan air bersih kerana perigi dan telaga dicemari racun tanaman.

Ikuti laporan Puspavathy Ramaloo dalam segmen Aduan Rakyat TV3..

Penduduk di perkampungan orang asli ini menerima bekalan air paip pada 2006.

Semuanya berjalan lancar dan bekalan air paip nyata memudahkan kehidupan mereka yang sebelum ini hanya bergantung kepada air hujan dan telaga buatan sendiri.

Namun sejak tiga tahun lalu bekalan air paip di kampung mereka sering kali terputus.

Ada kalanya melarat sehingga tiga bulan.

YUSNIZAL MAHTIAR/ PENDUDUK..
Rosaknya kita tak tahu, dia cakap cuci tangkilah, baiki tangkilah kita tak tahu. Apa masalah dia . Kalau Tok Batin pergi tanya dia bagi surat kata akan datang check. Datang check je gitu je buat tidak jugak.

Sumber air semulajadi dari perigi atau telaga juga bukan semudah yang disangka untuk diperolehi.

Penduduk mengadu ia tercemar dengan racun tanaman yang digunakan di ladang berdekatan.

KHAIRI MADAN/ PENDUDUK.
Memang tercemar sebab sana racun, sini racun baja memang tercemar. Tapi apa boleh buat dah nasib kami terpaksa minum, dah beracun pun kami minum.

HASHIMAH MANG/ PENDUDUK.
Masa ini orang asli hidup serba moden, keperluan asas dah ada. Jadi tak naklah susah-susah. Biar majulah.

Kami juga merakamkan kekecewaan penduduk beragama Islam yang tinggal di Kampung Paya Badak serta Kampung Lebak Seberang.

Persiapan menyambut hari lebaran terganggu dan menyusahkan penduduk.

JAMALUDDIN SHAMSUDDIN/ PENDUDUK.
At least JBA hantar wakil tahu apa problem. Sampai tak boleh selesai. Kita pun hairan. Orang dah pergi bulan, pergi dasar laut, takkan masalah air JBA tak boleh selesaikan. Depan tu ada sungai itu yang kita sangat kecewa.

Ketika tinjauan dibuat sehari sebelum umat Islam menyambut Aidil fitri,  penduduk Kampung Lebak Sebarang dan Kampung Paya Badak bersyukur bekalan air paip sudah mula pulih.

Apabila Jabatan Bekalan Air Pahang, dihubungi, kami dimaklumkan masalah bekalan air paip yang dihadapi penduduk di kampung terbabit disebabkan Loji Air Lubuk Kawah yang tidak dapat menampung kapasiti air diperlukan penduduk terutamanya sejak Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh memulakan operasi.

Justeru, operasi Loji Air Seberang Temerloh yang masih belum siap sepenuhnya dimulakan pada kadar 40 peratus kapasiti iaitu dua juta gelen sehari bagi menampung keperluan penduduk.

Apabila siap sepenuhnya loji ini dapat beroperasi pada kapasiti 5 juta gelen sehari.

Dan sebentar tadi penduduk di kampung terbabit ketika dihubungi mengesahkan sudah mula menerima semula bekalan air paip tanpa henti sehingga hari ini.

Aduan Rakyat juga pernah menyiarkan kesukaran hidup penduduk di gugusan Bera terutamanya di Felda Purun dan Felda Mayam Triang Pahang akibat masalah bekalan air paip yang kritikal.

Selepas lebih setahun, tinjauan di Felda terbabit mendapati masih ada masalah bekalan air paip terutama ketika menjelang Aidil fitri baru-baru ini.

Ketika tinjauan ini dibuat, sebahagian penduduk masih menerima bekalan air paip.

Manakala beberapa kawasan terletak di atas bukit bekalan air sudah terputus.

Bagimanapun bekalan air yang berterusan sebelum itu, kolah dan tangki air sudah penuh diisi air.

Justeru masalah bekalan air yang tidak begitu menentu tidak menjejaskan keceriaan sambutan hari raya oleh penduduk Felda ini yang pada satu masa dulu pernah mengadu anak-anak tidak mahu pulang ke rumah kerana ketiadaan bekalan air paip.

MOHAMAD NOOR/PENEROKA.
Sekarang ni ok, siang-siang lagi dah balik semua. Dia tengok air ada terus balik.  Makcik betul-betul bersyukur kerana anak-anak semua balik termasuk yang duduk jauh, suka sangat.

Jabatan Bekalan Air Pahang mengesahkan, masalah bekalan air untuk jangka pendek berjaya diselesaikan dengan pemasangan 'inline booster pump' di Loji Sungai Bera.

Bagaimanapun gangguan masih berlaku ketika sambutan hari raya baru-baru ini disebabkan peningkatan penggunaan air sekali ganda menjelang musim perayaan.

Masalah dijangka selesai apabila kerja-kerja mengubahsuai sistem perpaipan dan menaik taraf pam siap sepenuhnya menjelang 2012.

Video sila lihat di ( SINI )

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails