Friday, August 24, 2012

Mansor nafi gelar Guan Eng 'Angkuh'.. itu kerja jahat UMNO katanya..


Hari ini.. Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman menafikan menggunakan perkataan sombong dan angkuh terhadap Ketua Menteri,Lim Guan Eng dalam perjumpaan bersama sekumpulan ahli-ahli PKR seperti yang dilaporkan media.

Semalam..

Kenyataan hari ini..

Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman menjelaskan bahawa partinya tidak pernah menggambarkan Y.A.B Tuan Lim Guan Eng sebagai "angkuh, sombong dan tokong" seperti yang difitnah dalam blog gelagatanwar.wordpress.com.

Malah, Mansor yang juga Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang berkata, "tidak ada Mesyuarat Strategik Parti sepertimana yang dilaporkan" dalam blog anti Pakatan Rakyat itu.

"Apa yang didakwa sebagai Mesyuarat Strategik Parti sebenarnya adalah suatu perjumpaan antara sekumpulan ahli-ahli PKR dengan Pengerusi Perhubungan Negeri, iaitu saya...jadi tidak ada minit untuk mesyuarat itu.

"Yang pasti, perjumpaan ini telah dirakam dan kemudiannya diposkan dalam blog anti-PR (Pakatan Rakyat) dengan niat jahat untuk pertamanya merosakkan jalinan kerjasama dan hubungan baik antara PKR dan DAP di ambang pilihan raya.

"Keduanya, untuk mengeruhkan hubungan baik antara YAB Ketua Menteri dan saya," ujar beliau dalam satu sidang media bersama-sama Guan Eng di Komtar, George Town.

Hadir bersama, Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, Datuk Mohd. Salleh Man (Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang), Datuk Abdul Malik Abul Kassim (PKR).

Mansor yang juga Naib Presiden PKR turut menjelaskan semula mengenai kontroversi Guan Eng dituduh "angkuh, sombong dan tokong" semasa disoal balas oleh wartawan yang hadir.

"Pertama, saya kagum dengan kesungguhan dan kerja keras Y.A.B Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam usaha membawa kemajuan kepada negeri ini dan kebajikan serta kesejahteraan kehidupan rakyat Pulau Pinang.

"Saya menyokong penuh visi ini dan yakin dengan kepimpinan, kebolehan serta keupayaan YAB Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam merealisasikan matlamat ini," jelas beliau.

Beliau bagaimanapun dilihat tidak pula merakamkan ucapan kemaafan secara terbuka kepada Guan Eng di sebalik kontrioversi tersebut.

Beliau berkata, beliau yakin bahawa hubungan PKR dan DAP serta hubungan beliau dengan Guan Eng akan lebih akrab di sebalik kontroversi yang dicetuskan oleh pihak anti-PR berkenaan.

Semalam, Kon Yeow menuntut Mansor memberi penjelasan mengenai kontriversi yang dilaporkan dalam sesawang Malaysiakini.com - Faqar
Ini pula sebahangian dari laporan Sinar Harian..

GEORGETOWN-Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman menafikan menggunakan perkataan sombong dan angkuh terhadap Ketua Menteri,Lim Guan Eng dalam perjumpaan bersama sekumpulan ahli-ahli PKR seperti yang dilaporkan media.

Sebaliknya beliau mengakui menggunakan perkataan tokong sebagai gelaran kepada Guan Eng berikutan sanjungan tinggi dan penghormatan rakyat Pulau Pinang kepada Ketua Menteri itu.

Mansor berkata,kenyataan yang kononnya beliau menyifatkan Ketua Menteri Lim Guan Eng sebagai sombong, angkuh dan tokong bertujuan memberi gambaran buruk tentang hubungan PKR dan DAP.

“Saya tidak pernah menggelarkan Ketua Menteri sombong dan angkuh dan saya tidak tahu dari sumber mana perkataan itu timbul sedangkan saya tidak mengatakanya. - sepenuhnya sila baca di ( SINI )

Sebenarnya apa yang menjadi masaalah sekarang ialah apa yang diucapkan dalam perjumpaan itu bukannya siapa yang membocorkan apa yang terjadi dalam mesyuarat itu..

Bagi aku.. kenyataan ini pasti akan mengundang 'backfire' dari Blogger Pro UMNO yang dimaksudkan kerana dari apa yang disiarkannya.. itu adalah transkrip dari satu rakaman.. sila lihat di ( SINI )..

Jika transkrip mampu ditulis sudah pasti rakaman akan diupload kemudiannya..

Tapi apa yang aku nampak.. blog itu bukan ditulis oleh Blogger Pro UMNO sebab kebanyakkan info yang disiarnya menunjukkan admin blog tersebut seorang yang rapat dengan pihak atasan PKR..

Mohon maaf dari Guan Eng sebagaimana yang diharapkan oleh banyak pihak dari PKR Pulau Pinang, itu yang sepatutnya dilakukan bukannya terus menuding jari terhadap UMNO..

Bahagialah hidup kalau semua kesalahan diletakkan kepada UMNO... tapi takkanlah semuanya kita nak salahkan UMNO??

Siapa draft Press Statement ni?? Statement cari penyakit!!

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails