Monday, August 13, 2012

Khairy kata Pemimpin BN yang lompat parti tu memang tak diperlukan lagi oleh BN..

Kata Khairy pemimpin-pemimpin UMNO/BN yang meninggalkan UMNO/BN kebelakangan ini adalah terdiri dari mereka-mereka yang sudah tidak lagi dikehendaki oleh parti komponen BN.

Antara yang sudah mengumumkan meninggalkan UMNO/BN ialah Ahli Parlimen Tuaran Datuk Seri Wilfred Bumburing, Ahli Parlimen Beaufort Datuk Seri Lajim Ukim,  Senator Datuk Maijol Mahap kesemuanya dari Sabah dan semalam Tamrin juga mengistiharkan dirinya keluar UMNO/BN.

Mereka -mereka itu hanya dianggap sebagai tidak diperlukan lagi dalam UMNO/BN setelah mereka mengumumkan keluar dari BN.

Jika benar mereka tidak lagi diperlukan dalam BN kenapa agaknya mereka masih dikekalkan bersama BN sehingga mereka mengumumkan keluar BN?

Jika tidak diperlukan lagi oleh BN.. sepatutnya mereka disingkirkan dari BN sebelum mereka umum keluar BN..

Sebenarnya ini adalah kenyataan 'sour grapes' dari Ketua Pemuda UMNO..

'Sour Grapes' means Denial of the desirability of something after one has found out that it cannot be reached or acquired.

Lagi satu bila pemimpin-pemimpin BN dah mula lompat keluar dari BN barulah terhegeh-hegeh Khairy minta akta lompat parti digubal.

Sedangkan suatu masa dulu bila 'Akta Lompat Parti' ini disuarakan oleh beberapa pemimpin PR ketika pemimpin-pemimpin PR lompat menyertai BN,  ianya dipandang remeh oleh pihak UMNO/BN.

Ianya dianggap tidak penting dan hanya agenda politik pembangkang..


Khairy mahu akta antilompat parti digubal

KUALA LUMPUR - Pembelotan beberapa pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) yang disifatkan sebagai oleh pembangkang sebagai "pembelotan pemimpin berpengaruh" hanya gimik pembangkang untuk "mengaburi mata rakyat", kata Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata, ini kerana pemimpin tersebut sudah tidak lagi dikehendaki oleh parti komponen BN.

Memberikan contoh kes Tamrin Tun Ghafar yang keluar Umno untuk menyertai Pas malam semalam, Khairy berkata, ia merupakan taktik pembangkang kerana  Tamrin sendiri sudah lama tidak aktif dalam politik Umno, dan ini merupakan satu cara untuk beliau "kembali berkecimpung dalam politik".

"Saya fikir media yang propembangkang menonjolkan berita pembelotan ini untuk menjadikannya tampak besar dan teruk, tetapi sebenarnya tidak.

“Seperti  (Datuk Seri) Wilfred Bumburing, beliau tidak lagi dikehendaki oleh penduduk Tuaran sebagai calon mereka dan Lajim (Datuk Seri Lajim Ukin) juga tidak lagi menjadi pengaruh kuat parti.

"Tetapi (Ketua Pembangkang) Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) apabila orang dari pihak kami menyertai pihaknya, beliau berkata mereka tidak lagi sukakan kami dan ia demi rakyat, tetapi orang dari pihaknya tukar parti (ke BN), beliau kata ianya kerana kami berikan wang. Saya sudah jelak mendengar semua pembohongan ini. Jangan perkecilkan kebijaksanaan rakyat," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Khairy berkata, beliau berharap Parlimen akan menggubal undang-undang antilompat parti supaya anggota Parlimen perlu mengosongkan kerusi mereka sebelum mereka "menyertai parti lain".

Sementara itu, mengenai saranan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad supaya parti serpihan Umno kembali bersatu di bawah payung parti utama orang Melayu itu, katanya penyatuan kembali parti serpihan Umno tidak akan berlaku selagi Parti Keadilan Rakyat (PKR)  memegang sikap politik kepartian yang keterlaluan tanpa memikirkan masa depan rakyat khususnya bangsa Melayu.

"Saya percaya PKR tidak dapat ketepikan politik kepartian mereka sehingga sanggup mempertaruhkan nasib rakyat demi politik kepartian ini. Namun Umno sebaliknya, rakyat yang didahulukan jadi inilah titik timbul kesukaran ini.

"Pada satu ketika saya percaya Melayu mampu duduk bawah satu parti tetapi semakin lama mengharung arus politik ini saya melihat ia bagaikan 'mimpi di siang hari'," katanya.

Beliau berkata, seruan Dr Mahathir itu suatu yang amat baik bagi orang Melayu sekiranya terlaksana, namun sebagai seorang yang terlibat dalam kancah politik semasa, beliau  berpendapat ianya sesuatu mimpi yang terlalu idealistik.

Ditanya tentang perlunya Umno menarik golongan muda dan profesional dalam PKR menyertai Umno bagi memperkuatkan parti itu, Khairy berkata Pemuda Umno sentiasa mengalu-alukan golongan itu menyertainya.

"Tetapi saya ingin ingatkan kita tidak terlalu terdesak sehingga terpaksa tarik golongan ini bagi memperkuatkan kita, kita sendiri ada golongan muda dan profesional dalam Umno yang mampu memperkuatkan parti," katanya. - Bernama

Bila dah kena batang hidung sendiri baru gelabah... tapi tidak mustahil pemimpin-pemimpin UMNO akan turut menyokong akta ini digubal kerana akan ada lagi dari Sabah akan keluar BN.. bukan Sabah saja malah Sarawak pun sama...

Kalau digubal sekarang... maka mampuslah katak-katak yang dah lompat keluar dari PR dulu tu...

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails