Monday, August 20, 2012

Khairy kata ini bukan kerja pencacai UMNO..

SHAH ALAM - Pemuda Umno menafikan laman rasmi Facebook kontroversi, yang mendakwa undi kepada Pakatan Rakyat (PR) bermakna sokongan kepada usaha menjadikan Kristian sebagai agama persekutuan, dikendalikan oleh sayap itu.

Sehubungan itu, pergerakan tersebut mahu membuat laporan polis esok.

"Ya, bukan laman FB kami," kata Ketuanya, Khairy Jamaluddin menerusi mesej Twitter lewat malam tadi menjawab pertanyaan susulan pengikutnya.

Menerusi mesej seterusnya, Khairy berkata, pihaknya sudah ada maklumat susulan berkenaan dengan pengurusan dan pentadbiran laman yang membawa mesej yang "memudaratkan."

"Kami akan membuat laporan polis esok (hari ini)," kata beliau.
Bagaimanapun dalam mesej yang dikemaskinikan hari ini, Khairy berkata, laporan polis akan dibuat esok.
Laman sosial itu mengakui ia sebagai milik Pemuda Umno memuatkan mesej itu awal pagi kelmarin tetapi telah dikeluarkan selepas ditegur oleh kepimpinan PR termasuk Ketua Pembangkangnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kandungan awal mendapat reaksi daripada kedua-dua PR dan penyokong Barisan Nasional (BN).

Malah perkara itu turut dinafikan oleh Khairy, yang juga Ketua Pemuda BN kelmarin dan berjanji akan menyiasat siapa pengendali dan pentadbirnya.

Laman itu memaparkan wajah Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak di bahagian utama dan disusuli dengan siri laporan berkaitan dengan aktiviti pemimpin-pemimpin Umno khususnya dari Selangor.

Poster yang kontroversial itu menyatakan: “Jika anda setuju untuk jadikan KRISTIAN sebagai agama rasmi persekutuan Malaysia, teruskan sokongan anda kepada Pakatan Rakyat. ‘God bless you my son’ (Tuhan berkatimu, anakKu).”

Pemaparan bahan berkenaan menjadi perhatian ketika spekulasi mengenai tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) semakin meningkat.

Sinar Harian

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails