Monday, August 20, 2012

Kalaulah Facebooker pro PR yang siar kenyataan ini.. sudah tentu kena tangkap..


Baru-baru ini seorang pengasas Sekolah Pondok telah menerima imbuhan berjumlah RM2 Juta kerana seminggu sebelumnya beliau telah mengeluarkan fatwa 'Haram mengundi DAP'.

Haram kerana menurut pengasas Sekolah Pondok itu DAP menentang penubuhan negara Islam dan juga menolak hudud - laporan penuh sila baca di ( SINI )

Tanpa memperdulikan sensitiviti penganut agama bukan Islam, sekali lagi UMNO mengunakan isu agama demi meraih sokongan orang-orang Melayu yang beragama Islam.

Petang kelmarin satu poster yang menyatakan: “Jika anda setuju untuk jadikan KRISTIAN sebagai agama rasmi persekutuan Malaysia, teruskan sokongan anda kepada Pakatan Rakyat. ‘God bless you my son'. telah disiarkan di Facebook yang dipercayai milik Pemuda UMNO.

KUALA LUMPUR, Ogos 19 - Satu gambar yang dipapar di laman rasmi Facebook milik Pemuda Umno kelmarin kelihatan mencadangkan bahawa undian untuk pihak pembangkang Pakatan Rakyat akan menyebabkan Islam diganti oleh agama Kristian sebagai agama persekutuan.

Ini menunjukkan bahawa soal agama masih digunakan untuk menakutkan pengundi dari kalangan orang Melayu-Muslim kerana pilihanraya umum ke-13 yang bakal diadakan.

Poster yang kontroversial itu menyatakan: “Jika anda setuju untuk jadikan KRISTIAN sebagai agama rasmi persekutuan Malaysia, teruskan sokongan anda kepada Pakatan Rakyat. ‘God bless you my son’ (Tuhan berkatimu, anakKu).”

Gambar yang diposkan di Facebook pada petang kelmarin, telah mencetuskan perbincangan hangat di Facebook dengan segelintir pengguna Internet menyokong kenyataan itu.

Manakala pengguna internet lain mengecam tindakan Pemuda Umno itu yang dilihatkan sebagai percubaan untuk mengapi-apikan emosi dan sentimen agama di antara penganut agama Kristian dan Islam sehari sebelum Aidilfitri, antara perayaan terbesar di kalangan masyarakat majmuk di Malaysia.

“Bodo punya pemuda umno, dah terang2 dlm perlembagaan Islam agama rasmi....DAP pun sokong perlembagaan, sj je nak nak tunjuk bodo! Tp DAP sependapat dgn umno ttg hudud, tu je," [Bodoh punya Pemuda Umno, dah terang-terang dalam Perlembagaan (bahawa) Islam agama rasmi...DAP pun sokong Perlembagaan, saja nak tunjuk bodoh! Tapi DAP sependapat dengan Umno tentang hudud, itu saja] kata seorang pengguna internet yang hanya dikenali sebagai Mohd Ghazali di laman Facebook Umno Pemuda itu.

“Org islam/melayu pun x sokong dgn gambar nie...so, someone go report this admin to police station...this is serious matter [jadi sila laporkan admin ini kepada balai polis...ini hal serius] ... boleh masuk ISA nie kalo ISA masih wujud,” kata seorang lagi pengguna Facebook yang mengelar dirinya sebagai Ellvin Jesele.

Seorang pengguna Facebook yang hanya dikenal pasti sebagai Firdaus Adnan telah menuliskan komen yang menghina DAP, salah satu parti dalam Pakatan Rakyat (PR).

Firdaus menuduh pengerusi DAP, Karpal Singh telah berkali-kali menghina agam Islam tetapi pengguna Facebook itu tidak memberi bukti untuk tuduhan itu.

“Babi punya DAP jgn nk kait dap k.karpal sigh hram jdah byk kali hina islm. org islm bleh wt apa? dap komunis mlaysia," [Babi punya DAP jangan nak kait DAP ok. Karpal Singh haram jadah banyak kali hina Islam. Orang Islam boleh buat apa? DAP komunis Malaysia] beliau berkata di laman Facebook Pemuda Umno.

Seorang pengguna Facebook lagi, Agazaman Awang, kelihatan turut menyokong amaran tersirat Umno supaya orang Islam di kalangan rakyat Malaysia tidak menyokong PR.

“Orang yang kata pisahkan politik dari agama aadlah tak berpijak di bumi yang nyata. sedangkan apa yang kita perjuangkan seperti agama bangsa dan negara matlamat politik kita. bagaiamana kamu hendak pisakan islam dari politik melainkan kamu ada agenda lain dalam politik unutk kepentingan peribadi," tulis Agazaman.

DAP telah berulang kali digambarkan sebagai anti-Islam oleh media arus perdana yang dikawal oleh Barisan Nasional (BN) dan Umno, hanya disebabkan DAP menentang pelaksanaan hukum hudud.

Kontroversi yang terbaru ini timbul selepas debat yang hangat akhir-akhir ini mengenai penubuhan teokrasi Islam di Malaysia, dengan panggilan untuk melaksanakan hukum hudud.

Debat itu dilihat sebagai percubaan untuk mendapatkan sokongan pengundi orang Melayu yang juga penganut agama Islam pada pilihan raya umum ke-13 yang mesti dipanggil pada April tahun depan.

Gambar yang dimuatnaik dalam laman Facebook Pemuda Umno menjadi peringatan kepada laporan akhbar Utusan Malaysia pada tahun lalu. Tahun lepas, Utusan telah menerbitkan laporan yang tidak berasas di halaman pertama akhbar, di mana ia kelihatan mencadangkan DAP berkonspirasi dengan sesetengah pemimpin gereja untuk melantikkan seorang perdana menteri beragama Kristian dan menubuhkan negara Kristian di Malaysia.

Pemimpin Pemuda Umno Khairy Jamaluddin kelmarin menafikan bahawa gambar itu dimuatnaik oleh ahli sayap parti politik tersebut. Beliau turut menafikan Pemuda Umno menyokong kenyataan itu.

“That was not sanctioned by Umno Youth. The FB page is not administered by Umno Youth anymore. I am trying to find out who is responsible for this," [Itu tidak dipersetujui oleh Pemuda Umno. Laman FB itu tidak lagi diurus oleh Pemuda Umno. Saya sedang cuba mencari siapa yang bertanggungjawab untuk ini] Khairy memberitahu The Malaysian Insider apabila dihubungi.

Gambar yang menyinggung perasaan itu ditarik balik dari "Wall" Facebook pada kira-kira 6.30 petang, tetapi Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sempat memberi komen ke atas gambar itu.

“Tdk waras utk nyalakan sengketa antara agama. (Tidak waras untuk nyalakan sengketan antara agama),” kata ketua de facto PKR itu di akaun Twitter @anwaribrahim apabila disuruh untuk memberi komen ke atas isu itu oleh seorang pengguna Twitter @kayheshyutaibah - The Malaysian Insider

Sudah tentu, UMNO/BN tidak akan mengaku dan bersikap "Baling batu, Sembunyi tangan"

Taktik ini mereka gunakan di Sarawak dalam pilihan raya negeri yang lepas di mana poster YB Baru Bian (Pengerusi PKR Sarawak) mengaitkan bahawa Sarawak akan menjadi sebuah negeri Kristian jika PKR menang di Sarawak dan telah menakutkan pengundi Melayu/Islam.

Kalaulah poster di atas itu disiarkan oleh facebokers yang menyokong Pakatan Rakyat.. rasanya jika tiada laporan Polis dibuatpun, pegendali atau admin Facebook tersebut akan disiasat Polis..

Tapi oleh kerana ianya menggunakan platform UMNO maka tidak menjadi kesalahan...

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails