Tuesday, August 28, 2012

Kakitangan DBKL dikerah ke ‘Himpunan Janji Ditepati’.. Surat menjadi bukti..

Bagi meramaikan hadirin yang menyertai ‘Himpunan Janji Ditepati’ sempena sambutan hari kemerdekaan ke 55 ini, berbagai cara digunakan kerajaan UMNO/BN.

Selain dari ribuan SMS yang dihantar secara rawak kepada nombor HP yang pemiliknya diyakini berada disekitar Kuala Lumpur dan juga Selangor.. kerahan tenaga juga dilakukan.

Jika sebelum ini Mahasiswa yang dikerah dijanjikan dengan RM100 untuk menghadiri himpunan ini .. sila baca di ( SINI ).

Kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur juga tidak terlepas dari menjadi mangsa kerajaan UMNO/BN.

Dengan ini adalah dimaklumkan bahawa semua Pegawai dan Kakitangan DBKL adalah dikerahkan untuk hadir ke ‘Himpunan Janji Ditepati’ sempena sambutan hari kemerdekaan ke 55 ini.

Kehadiran anda adalah diwajibkan dan akan direkodkan.. kalau berani tak datang, pangkat dan gaji anda dijamin tidak akan naik..


Ha..ha..ha.. apa cerita ni?

Terdesak sangat ke nak tunjukkan kepada rakyat bahawa sokongan rakyat terhadap Kerajaan Barisan Nasional masih kuat?

Nak kesian tak kat depa ni? maksud aku Penguatkuasa yang gila nak belasah orang masa BERSIH 3 hari tu..

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails