Saturday, August 25, 2012

Inilah yang Najib katakan 'U help me, I help U'..


Setelah menjadi kontroversi dalam rampasan kuasa Perak sehingga Pakatan Rakyat Perak ditumbangkan pada 4 Februari 2009, terkini Zaki sah menjadi Pengerusi Astro Malaysia Holdings Berhad (AMH).

Zaki menggantikan Badri Masri berkuat kuasa 15 Ogos lalu sekaligus dilantik sebagai ahli lembaga pengarah terbaru.

Kontroversi melibatkan Zaki bermula apabila ia berhubung kait dengan pemberian konsesi bernilai RM2.2 bilion Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex) kepada dua tokoh yang terlibat dengan rampasan kuasa oleh Barisan Nasional (BN) di Perak termasuk Zaki sendiri.

Seorang lagi adalah penasihat undang-undang Umno, Hafarizam Harun.

Naib Presiden PKR yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah pada 21 Februari lalu berkata, Hafarizam merupakan pengarah dua buah syarikat yang menerima konsesi tersebut Emrail Sdn Bhd dan Zabima Engineering Sdn Bhd.

“Sementara isteri Zaki Azmi merupakan pengarah syarikat Emrail, sebuah syarikat yang tidak mempunyai rekod di dalam pembinaan lebuhraya.

“Kenyataan syarikat tersebut sendiri menyatakan mereka berhasrat menjadi “Syarikat Kejuruteraan Rel Utama di Malaysia dan Rantau ini,” katanya dalam satu kenyataan media.

Beliau mahu Najib menyatakan pendiriannya berkenaan Seksyen 9 Kod Etika Hakim 2009 yang menyatakan “seorang hakim akan, pada masa pelantikan atau mana-mana masa kemudiannya sekiranya diminta oleh Ketua Hakim Mahkamah Persekutuan membuat perisytiharan bertulis semua asetnya kepada Ketua.

Adakah ini rasuah? Tak tau!

Adakah ini konflik kepentingan? Tak tau!

Adakah ia sekadar satu kebetulan bahawa semua orang-orang yang terlibat dalam memberikan Perak kembali kepada Umno berlaku untuk menjadi rakan kongsi perniagaan dalam projek RM2.2 bilion-lebuhraya?

Zaki Azmi dilantik Pengerusi AMH 

AHLI Lembaga Pengarah Astro Malaysia Holdings Berhad (AMH) melantik Tun Zaki Azmi sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif dan Pengerusinya yang berkuat kuasa 15 Ogos lalu, bagi menggantikan Datuk Badri Masri yang menarik diri.

Bagaimanapun, Badri masih kekal sebagai pemegang jawatan Pengerusi Astro Holdings Sdn Bhd. Dalam kenyataannya di Kuala Lumpur, baru-bari ini, Zaki juga mempengerusikan Jawatankuasa Tadbir Urus Korporat dan Nominasi bagi Lembaga Pengarah itu.

Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Astro Malaysia Holdings, Datuk Rohana Rozhan berkata, Lembaga Pengarah amat berbangga apabila Zaki menerima pelantikan itu.

“Kami yakin pengalaman luas beliau pasti memberi sumbangan signifikan ke arah tanggungjawab dan tadbir urus korporat syarikat,” katanya.

Sementara itu, menurut Zaki, Astro adalah satu jenama terkemuka dan memainkan peranan utama dalam industri digital Malaysia.

“Saya amat teruja apabila diberi peluang untuk turut serta dalam pembangunan dan pertumbuhan jangka panjang syarikat terkemuka ini,” katanya ketika ditemui. - Harian Metro 

ADA MATA TENGOK, ADA TELINGA DENGAR..... ADA OTAK BUAT PENILAIAN SENDIRI... -PR Supporters

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails