Tuesday, August 21, 2012

Ibu Azmin Ali kecewa Azmin tak balik beraya?


Bulletin Utama TV3 sebentar tadi ada menyiarkan satu slot laporan luahan kekecewaan Ibu Azmin Ali yang terkilan apabila anaknya itu tidak pulang menjenguknya pada Aidilfitri ini.

Kesian juga aku tengok.. tapi rasa kesian tu hilang tiba-tiba bila si Ummi Hafilda turut kelihatan berada disebelahnya..

Aku ingatkan Azmin Ali tak balik beraya itu hanya dilaporkan oleh TV3 tapi dalam Utusan pun ada juga laporannya..

'Saya sangat kecewa dengan Azmin'

MELAKA 20 Ogos - Che Tom Yahaya, ibu kepada Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali sekali lagi sebak dan terkilan apabila anaknya itu tidak pulang menjenguknya pada Aidilfitri ini.

Malah, katanya, Azmin langsung tidak pernah balik ke rumah untuk bertanya khabar apatah lagi untuk berbuka puasa bersama keluarga sepanjang Ramadan lalu.

"Saya sangat kecewa dengan sikapnya," kata Che Tom ketika ditemui Utusan Malaysia di Ayer Keroh, di sini hari ini.

Ini merupakan kali kedua, Che Tom, 79, bertemu media bagi melahirkan perasaan kecewanya dengan sikap Azmin.

Kali pertama, beliau berbuat demikian ialah pada Mei lalu, apabila Che Tom dengan nada sebak menceritakan bagaimana Azmin tidak pulang menziarahinya sejak Ogos tahun lalu.

Menurut Che Tom, disebabkan kecewa dengan sikap Azmin, beliau mengajak anak-anak lain berhari raya di luar Kuala Lumpur buat pertama kali sejak lebih 40 tahun.

"Saya dan tiga anak perempuan termasuk Umi Hafilda dan cucu-cucu saya memilih untuk beraya di Melaka kali ini kerana begitu kecewa dengan sikap Azmin yang juga sudah lebih setahun tidak pulang menjenguk saya di rumah.

"Tahun ini, kami langsung tidak membuat persiapan menyambut Aidilfitri. Tiada makna untuk kami buat demikian, kalau dia sebagai anak langsung tidak sudi untuk pulang bersalaman dan memohon ampun daripada saya," katanya.

Sementara itu, Ummi Hafilda yang turut hadir dalam pertemuan dengan Che Tom berkata, beliau terpaksa menunaikan hasrat ibunya yang mahu beraya di luar Kuala Lumpur.

Ummi Hafilda sekali lagi mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa Azmin berubah sikap sejak berkawan rapat dengan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Dia lebih mementingkan Anwar berbanding ibu dan adik beradiknya hanya kerana kepentingan politik," katanya - Utusan

Kalau korang pernah tengok siri-siri penyiasatan di TV antara taktik yang digunakan oleh pihak berkuasa untuk melemahkan atau memujuk penjenayah ialah menggunakan orang-orang yang tersayang dan rapat dengan penjenayah itu..

Kini.. kerana terdesak UMNO/BN terpaksa menggunakan cara itu, dimana Mak Tom iaitu Ibu kepada Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Azmin Ali digunakan untuk memujuk Azmin supaya tidak bersama Anwar dalam PKR..

Tapi.. kalau betul apa yang Mak Tom tu kata.. memang tak patut Azmin Ali berikan layanan sebegitu rupa terhadap ibunya..

Hargailah dia semasa dia masih ada.. 

Orang kata.. Isteri kita boleh ganti tapi Ibu tiada gantinya.. baik atau buruk dia tetap seorang wanita yang telah mengandungkan kita selama sembilan bulan..

Pesan aku buat diri aku dan juga semua yang membaca..

Rasulullah SAW pernah bersabda antara maksudnya:

Ada seorang datang bertanya kepada Rasulullah SAW lalu bertanya; “Ya Rasulullah, siapakah yang perlu kami utamakan selepas Allah dan Rasulnya?” 

Lalu baginda SAW menjawab: “Ibumu”. Kemudian dia bertanya lagi: “selepas itu?” 

Baginda SAW menjawab: “Ibumu”. 

Orang itu masih lagi tidak berpuas hati, lalu dia mengulang lagi soalannya tadi: “selepas itu?” 

Baginda SAW terus menjawab: “Ibumu…., kemudian bapamu”….tiga kali perkataan ibu diulang-ulang, kemudian barulah perkataan ayah disebutkan oleh Nabi Muhammad Rasulullah SAW.
Politik tu politik lah juga.. tapi ibu bapa wajib kita hormati walaupun berlainan ideologi..

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails