Friday, August 31, 2012

Dataran Merdeka dikepung, lebih dari 5,000 peserta banjirinya.. (Gambar)


Peserta Gabungan Janji mula membanjiri kawasan sekitar Dataran Merdeka dengan diiringi tiupan “vuvuzela” dan juga memakai baju T kuning sebagai tanda sokongan terhadap perjuangan gabungan tersebut.

Walaupun acara dijadualkan hanya akan bermula sekitar jam 11 malam, mereka sudah mula membanjiri kawasan dataran bersejarah tersebut bermula sekitar jam 9 malam.

Tepat jam 11.05 malam, peserta yang dipimpin oleh Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mula tiba di Dataran Merdeka dan beliau disambut dengan laungan takbir oleh peserta perhimpunan dan beliau juga sempat bertemu dengan beberapa peserta golongan kelainan upaya yang cacat penglihatan yang turut menyertai perhimpunan tersebut.

Dianggarkan lebih daripada 5,000 peserta menyertai perhimpunan yang menuntut kerajaan menunaikan lapan tuntutan Bersih ini.

Kelihatan juga beberapa peserta memakai baju T kuning mengedarkan bunga kuning kepada pengguna jan raya dan pemandu kenderaan di sekitar kawasan Lebuh Pasar.

Bagaimanapun keadaan masih lagi terkawal dan pihak polis turut berada di lokasi sekitar kawasan Dataran Merdeka bagi mengawal keadaan - The Malaysian Insider

Sementara itu Penyelaras serta aktivis Asalkan Bukan Umno (ABU), Haris Ibrahim mengatakan bahawa seluruh jalan menuju Dataran Merdeka kini sudah dikepung polis!

Beliau yang memberitahu perkara tersebut menerusi laman sosial Twitter berkata, laluan masuk dari Masjid Negara menuju dataran tersebut sudah ditutup dan hanya boleh dilalui dengan berjalan kaki sahaja.

Haris juga memberitahu kehadiran anggota polis diperhatikan lebih ramai daripada biasa, petanda jelas bahawa sekali lagi polis diperalatkan pemimpin Umno-APCO untuk menghalang sambutan 'Janji Demokrasi' yang dijadualkan jam 11 malam nanti.

Sementara iru, jurucakap Gabungan Janji, Hishamuddin Rais, berkata perhimpunan “Janji Demokrasi” akan tetap diteruskan walaupun polis tidak membenarkan mereka berhimpun di Dataran Merdeka.

Katanya, pihaknya tidak akan melanggar arahan polis supaya tidak berhimpun di Dataran Merdeka, sebaliknya berkata mereka akan menyambut Hari Kemerdekaan di mana-mana sahaja di sekitar Kuala Lumpur dengan baju kuning.

“Jika perjalanan ke Dataran Merdeka tersekat dan hanya sampai di Chinatown (Jalan Petaling), kita akan sambut hari kemerdekaan di Chinatown,” katanya lagi.

“Kita mahu kalau boleh, ramai orang akan memakai baju kuning dan kelihatan di mana-mana sebagai tanda sokongan kepada demokrasi.”

Menurutnya, pihaknya sudah menjangka bahawa pihak polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak membenarkan perhimpunan Janji Demokrasi berlangsung di Dataran Merdeka - Jalan Pulang




































Gambar dari pelbagai sumber....

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails