Saturday, August 18, 2012

#BorakAnwar dapat sambutan hangat, Pencacai UMNO godam Blog Anwar Ibrahim.


Tidak keruan kerana Anwar Ibrahim diberikan peluang untuk berinteraksi bersama rakyat menggunakan Google Hangout yang menjadikan beliau sebagai ahli politik pertama dari Asia Tenggara yang dipaparkan dalam acara Google tersebut, Blog Anwar Ibrahim digodam pencacai UMNO.

Sebelum ini Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama dan Perdana Menteri Australia, Julia Gillard turut menggunakan Google Hangout untuk berinteraksi dengan rakyat.

Acara Borak Bersama Anwar yang disiar secara langsung melalui Youtube, Google Hangout dan facebook itu, mendapat sambutan hangat dari pengguna internet di Malaysia mahupun di luar negara.

Soalan tertumpu kepada polisi Pakatan Rakyat dan perancangan selepas menawan Putrajaya, selain pandangan Ketua Pembangkang itu terhadap beberapa topik.

Semua soalan dari twitter, facebook atau dilontar secara langsung itu, dijawab Anwar secara spontan tetapi jitu.

Antaranya berkaitan keberkesanan penjawat kerajaan, kewibawaan anggota pasukan keselamatan khususnya polis, isu perumahan dan gejala rasuah serta penyelewengan Umno.

Soalan santai termasuk minat terhadap filem Hindustan dan perkembangan bola sepak turut diajukan, malah Anwar menjawab dan membidas provokasi Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang.

Rancangan lebih sejam itu dikendalikan Pengarah Operasi Pejabat Setiausaha Agung KEADILAN, Sharifah Shahidah - Keadilandaily


Pasukan Pentadbir Blog Dato Seri Anwar Ibrahim menyedari Blogtersebut telah digodam sekitar jam 11.50 malam tadi dan sebuah posting palsu kononnya ‘perutusan khas’ oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah dimuatnaik di blog ini.


Dengkilah tu... Najib yang didakwa mereka popular tidak dijemputpun untuk acara ini..

Video Borak bersama Anwar Ibrahim #BorakAnwar..

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails