Wednesday, August 29, 2012

Bikini Wars di Kuala Lumpur.. siapa luluskan nih?


Dijangka diadakan bermula jam 7 malam ini sehingga awal pagi esok, parti bikini serta perang bikini yang tersiar di sebuah laman sosial kini sedang giat disebarkan.

Bertempat di salah sebuah pusat hiburan terkemuka di Kuala Lumpur, parti ini menggalakkan pengunjung supaya hanya memakai bikini (pakaian renang wanita) sebagai syarat utama untuk memasuki pesta tersebut.

Dipercayai juga, pesta yang ada kaitan dengan cuti sambutan kemerdekaan yang akan disambut lusa ini bakal menarik kira-kira 300 peserta wanita tidak termasuk kaum lelaki yang juga akan berada di dalamnya berdasarkan kapasiti tempat tersebut.

Menurut poster yang disebarkan, parti itu juga akan memberi 100 pengunjung wanita pertama dengan hidangan minuman keras berjenama mahal secara percuma selain daripada minuman keras jenis biasa untuk wanita yang memakai pakaian tersebut sepanjang pesta itu berlangsung.

Jelaslah bahawa akhlak muda-mudi yang akan mengunjungi pesta tersebut bakal tergugat selain menambahkan masalah sosial di kalangan remaja terutamanya yang beragama Islam.

Parti tersebut yang bakal diadakan di Jalan Ampang juga turut membariskan pelbagai jenis muzik kegilaan remaja ibu kota selain penyertaan DJ terkenal yang sering mengadakan persembahan dalam majlis sebegini.

Menurut poster itu lagi, tujuh wanita yang memakai bikini paling menarik akan diberikan minuman keras istimewa dipercayai berharga lebih RM300 ke atas.

Persoalannya, di manakah suara-suara bantahan NGO Islam terutamanya pro-Umno-APCO yang seringkali menempelak apa sahaja tindakan yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat khasnya PAS dalam usaha mencgah kegiatan mungkar ini dari terus berleluasa?

Di mana suara Jamil Khir Baharom dan timbalannya Mashitah Ibrahim dalam isu sebegini?

Paling penting, siapakah yang bertanggungjawab meluluskan permit hiburan sebegini walaupun pihak penganjur pastinya telah mengemukakan permohonan mereka kepada pihak berkuasa?

Jalan Pulang

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails