Wednesday, August 15, 2012

Apa saja kita lakukan, kita harus utamakan rakyat.. kata Najib


Ekoran dari bantahan berbagai pihak terutamanya Pakatan Rakyat, menerusi mesej Twitternya malam tadi, Najib telah meminta Kabinet agar membincangkan Seksyen 114A Akta Keterangan 1950, yang diluluskan baru-baru ini.

"Saya telah meminta kabinet supaya membincangkan Seksyen 114A Akta Keterangan 1950,Apa saja kita lakukan, kita harus mengutamakan rakyat" katanya.

Aku sokong kata-kata Najib "Apa saja kita lakukan, kita harus mengutamakan rakyat"

Tetapi dimanakah rakyat pada pandangan Najib ketika beliau mengetuai Kabinet yang meluluskan pindaan Akta ini?

Adakah rakyat ketika itu diletakkan dicelah ketiak? atau di celah kangkang ataupun di bawah tapak kaki?

Ketika membentangkan Rang Undang-Undang Keterangan pada bacaan kedua sekitar April lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nazri Aziz berkata penggunaan internet membolehkan sesiapa sahaja menyembunyikan identiti sebenar mereka dan ini menjadikan masalah ketanpanamaan pelaku kesalahan jenayah satu halangan paling besar dalam menangani jenayah siber dilakukan melalui internet seperti menghasut, menipu, menghina mahkamah, menceroboh dan mencuri maklumat.

“Penyelesaian bagi masalah ini ialah dengan mengalihkan tumpuan kepada pihak lain yang boleh dikenal pasti seperti pemilik komputer, pemilik alamat IP, pemilik alamat e-mel dan pemilik kelengkapan dan peralatan yang daripadanya kesalahan jenayah dilakukan, dan mengenakan anggapan liabiliti ke atas mereka tanpa mengira bahawa penglibatan mereka adalah secara langsung atau tidak langsung,” kata beliau.

Justeru, Nazri berkata tujuan peruntukan anggapan berasaskan ‘owner-onus principle’ adalah untuk meringankan beban pembuktian berhubung dengan fakta tertentu.

Nazri Aziz tidak mungkin meluluskan pindaan ini tanpa restu dari Najib sendiri.

Dan kini apabila PRU13 kian hampir.. Najib berkata  "Apa saja kita lakukan, kita harus mengutamakan rakyat".

Sebenarnya ianya hanyalah satu langkah mengejar populariti oleh Najib dan tindakan ini akan menjadikan beliau kelihatan seorang Perdana Menteri yang prihatin akan pandangan rakyat.

Luluskan dulu tanpa memperdulikan akan rakyat dan bila rakyat bantah kaji semula.. kononnya dikaji kerana mengutamakan pendapat rakyat.

Jika benar kata-kata Najib itu "Apa saja kita lakukan, kita harus mengutamakan rakyat" kenapa tidak diambil kira pandangan rakyat sebelum akta itu diluluskan?

Najib dengar protes S114A, arah Kabinet kaji

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah meminta Kabinet agar membincangkan Seksyen 114A Akta Keterangan 1950, yang diluluskan baru-baru ini, ekoran bantahan dan kritikan pelbagai pihak - pemimpin Barisan Nasional, Pakatan Rakyat dan pertubuhan bukan kerajaan.

Menerusi mesej Twitternya malam ini, Najib berkata, sebarang tindakan kerajaan seharusnya mengutamakan kepentingan rakyat.

"Apa saja kita lakukan, kita harus mengutamakan rakyat," kata beliau yang kini berada di Makkah.

Kabinet akan mengadakan mesyuarat mingguannya esok, akan dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pagi tadi, Sinar Harian Online membawa laporan bahawa parti komponen Pakatan Rakyat juga memperlihatkan pendirian menyokong kempen protes  #STOP114A - menggesa Kerajaan Pusat mengkaji semula Seksyen 114A Akta Keterangan 1950, yang dikuatkuasakan sejak Jun lalu.

Dalam kenyataan media hari ini, PKR berkata, pihaknya telah menerima banyak tentangan dari pelbagai sudut masyarakat, termasuk dari ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) sendiri.

Timbalan Ketua Penerangan PKR, Sim Tze Tzin berkata, pindaan akta itu meletakkan beban membuktikan kesalahan pada pihak yang dituduh dan bukannya kepada pihak yang menuduh, yang jelas bercanggah dengan dasar dan prinsip keadilan.

Kelmarin, gesaan berhubung seksyen itu turut dilahirkan oleh Ketua Pemuda BN dan Umno, Khairy Jamaluddin.

Kempen protes turut meminta orang ramai melahirkan sokongan dengan menandatangani petisyen. Laman sosial Facebook juga dibuka bagi tujuan itu.

Dalam kenyataannya dua hari lalu, Khairy yang juga Ahli Parlimen meminta perhatian kerajaan untuk menambahbaik Akta Keterangan 1950 yang berkuat kuasa 1 Jun lalu.

Menurut beliau, akta tersebut dilihat masih ada kekurangan dan mempunyai ruang untuk diperbaiki bagi menjamin kebebasan pemilik laman web walaupun telah dipinda.

Katanya, peruntukan yang dimaksudkan adalah dari segi kebebasan dan kebertanggungjawaban pihak yang mengendalikan web.

“Saya telah bangkitkan isu beban bukti kepada peguam Negara dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz untuk mendapat perhatian yang sewajarnya dari pihak kerajaan,” katanya.

Sebelum itu, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah berkata, terdapat beberapa kelemahan dalam pindaan akta itu.

Rang Undang-Undang Keterangan (Pindaan) (No.2) 2012 memperlihatkian pindaan Fasal 2 yang bertujuan mengantikan takrif Komputer yang baru lebih komprehensif dan selaras dengan takrif Komputer dalam Akta Jenayah Komputer 1997.

Fasal 3 Rang Undang-Undang tersebut pula memperuntukkan memasukkan seksyen baru, 114A bagi membolehkan mahkamah membuat anggapan fakta dalam kes yang melibatkan penyiaran melalui internet.

Semalam, beberapa pengikut akaun Twitter Khairy juga meminta beliau membawa perkara itu ke Parlimen.

Pandangan itu disampaikan apabila Khairy berkata Parlimen akan bersidang mulai 24 September hingga 27 November ini - Sinar Harian

Inilah yang dikatakan "Mouth moves faster than the Brain" atau bercakap tak guna otak ... atau memang tak ada otak untuk diguna?

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails