Thursday, August 9, 2012

APA?? Mufti Pahang kata Berdosa sokong UMNO?

Baca dan fahamkan betul-betul kalau boleh sebarkan apa yang dikatakan oleh Mufti Pahang ini sepertimana yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia.

Katanya “adalah haram dan berdosa bagi umat Islam menyokong parti yang secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam dan hukum hudud.”


Tak perlu nak diperjelaskan berulang kali parti mana yang telah menghalang dan menentang secara terang-terangan penubuhan negara Islam dan perlaksanaan hukum Hudud di negara kita ini.

Sekutu UMNO dalam Barisan Nasional iaitu MCA secara total menentang perlaksanaan hukum hudud malah baru-baru ini sambil menyifatkan rancangan itu sebagai cadangan orang hilang akal, MCA telah mengugut untuk meninggalkan BN sekiranya Umno cuba melaksanakan hukum hudud.


Tak perlu kita hairankan kerana MCA menolak kerana kesemua ahlinya adalah terdiri dari bukan Islam, meskipun sudah 55 tahun mereka bersekutu bersama UMNO mereka tidak pernah mendekatkan diri dengan ajaran Islam kerana UMNO sendiripun tak berapa dekat dengan ajaran Islam.

Tetapi penubuhan negara Islam dan perlaksanaan hukum Hudud ini secara jelas dan terang telah ditentang oleh Presiden UMNO iaitu Najib seorang lelaki yang berugama Islam.

Tentangan secara terbuka ini telah disaksikan oleh jutaan rakyat Malaysia kerana ianya telah disiarkan oleh media tunggangan UMNO iaitu TV3.

Ini kerana menurut Najib, Hudud tidak berpaksi kepada realiti.. dan Zambry menjadi saksi kata-katanya itu…

Saksikan!!

Jadi.. PRU ini jangan sokong atau undi UMNO/BN ya.. pasal MuftiPahang dah kata "Berdosa sokong parti tolak Islam"...

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails