Tuesday, August 28, 2012

Alasan bodoh dari Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan untuk halang 'Janji BERSIH'..


Ini adalah alasan paling bodoh yang dicipta untuk menghalang rakyat Malaysia dari menyertai himpunan 'Janji BERSIH' @ 'Janji Demokrasi' yang akan diadakan pada jam 10 malam 30 Ogos ini di Dataran Merdeka.

Alasan bodoh ini telah disediakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi (KPKK, Datuk Seri Kamaruddin Siaraf.

Alasannya ialah 'Janji BERSIH' @ 'Janji Demokrasi' akan mengganggu sistem siar raya sambutan Hari Merdeka.

"Tadi pagi pun kita dah menghadapi masalah. PA system tidak beberapa berfungsi dengan baik.

"Tambahan, kalau dikacau nanti saya khuatir," katanya.

Awatlah semakin bodoh pencacai UMNO ni?? PA system dia tidak berfungsi dengan baik dia nak halang rakyat dari sertai 'Janji BERSIH' @ 'Janji Demokrasi' pula..

Sound Technician dan Sound Engineer dah tak ada ke?

Kementerian: Janji Bersih kacau sistem siar raya kami

Kementerian Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi (KPKK) menggesa polis tidak membenarkan himpunan 'Janji Bersih' pada 30 Ogos ini atas alasan ia akan mengganggu sistem siar raya sambutan Hari Merdeka.

Ketua Setiausaha KPKK, Datuk Seri Kamaruddin Siaraf berkata peralatan untuk sistem siar raya itu telah dipasang di Dataran Merdeka dan polis mesti menghalang sebarang bentuk himpunan di tempat sama.

NONE"Kita akan maklum polis untuk tak benarkan perhimpunan berlangsung.

"Kerana peralatan kita, kita sudah pasang dengan sempurna di situ dan harus diingat, di mana-mana acara, sistem siar raya sangat penting.

"Saya nak jaga sistem siar raya saya. Kalau ada apa-apa yang diusik nanti, akan menyukarkan kita," katanya kepada pemberita.

Katanya, KPKK memaklumkan polis untuk tidak membenarkan pihak lain mengadakan himpunan di Dataran Merdeka kerana mereka telah menggunakan Dataran Merdeka sejak hari ini lagi.

"Tadi pagi pun kita dah menghadapi masalah. PA system tidak beberapa berfungsi dengan baik.

"Tambahan, kalau dikacau nanti saya khuatir," katanya.

Janji Bersih - perhimpunan bagi menuntut janji kerajaan membersihkan sistem pilihan raya - dijadual bermula dariapda jam 10 hingga ke tengah malam di Dataran Merdeka - Malaysiakini

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails