Saturday, July 28, 2012

Wang Kertas Baru.. sudahlah serupa 'Hellbank Note' .. tak berkualiti pula..


Baru-baru ini ada pihak yang mendakwa wang kertas baru yang diedarkan sekitar 16 Julai lalu mempunyai persamaan dengan 'HellBank Note' (wang yang dibakar ketika pengkebumian masyarakat Cina)..

Antara wang kertas yang hampir sama itu ialah wang kertas RM100, RM20, RM5 dan juga RM1.. kurang pastilah pulak aku siapa yang tiru siapa.. gambar wang tersebut sila lihat di ( SINI ).

Kali ini pula mutu wang kertas baru itu pula dipersoalkan,ia didapati mudah lusuh dan gambar yang tertera di pemukaan kertas itu juga mudah hilang.

Demikian persoalan yang timbul di beberapa laman facebook.

Bank Negara Malaysia sebelum ini telah mengeluarkan kenyataan bahawa bertemakan ‘Keunikan Malaysia’, ciri-ciri yang mencorak budaya dan warisan serta keindahan alam semula jadi negara telah menjadi inspirasi dalam reka bentuk wang kertas terbaru itu.

Ia turut menampilkan teknologi wang kertas yang mengandungi ciri-ciri keselamatan yang lebih canggih termasuklah imej tanda bayang, tingkap pandang telus, potret tera air (watermark) dengan piksel dan angka, benang keselamatan dengan warna berubah-ubah, benang kanta mikro, tanda pandang telus dan petak kilat berwarna.

Namun dengan bukti yang ada, menjelaskan bahawa ciri kualiti tidak diambil berat oleh BNM terhadap pengeluaran wang kertas baru berkenaan.

Sementara itu, komen yang diberikan pada blog itu ( Greenboc ) berhubung wang kertas baru menyatakan peniaga cukup takut menerimanya kerana mudah luntur sekiranya tangan berminyak terutamanya penjual kuih muih.

Satu lagi komen ialah mengenai duit syiling baru. “Satu lagi yang ingin saya kongsi bersama... Ini saya sedar secara tidak sengaja, iaitu duit syiling terbaru kita mempunyai kandungan logam besi kerana syiling lama tidak melekat pada magnet/ besi berani tetapi syiling baru boleh melekat pada magnet.

Nilai muka syiling baru sangat murah!” tulis pelayar blog tersebut.

Harakahdaily

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails