Sunday, July 8, 2012

Wah!! Ramainya di Konvensyen Media Sosial 1Malaysia Pulau Pinang ni...


Memandangkan sahabat yang aku minta tolong rakam gambar-gambar semasa Konvensyen Media Sosial 1Malaysia di Pulau Pinang tak e-mail lagi gambar-gambar dari Konvensyen.. (dipercayai telah dibeli oleh UMNO)..

Maka terpaksalah aku rembat gambar-gambar dari Konvensyen Media Sosial 1Malaysia peringkat negeri ini dari Blog Teman tapi Musuh satu Parlimen dengan aku iaitu Media Permatang Pauh.

Ramai juga pencacai-pencacai UMNO yang aktif di alam maya ni rupanya.. patutlah e-mail aku makin banyak spam.. (haram jadah mana punya kerja nih??)

Menurut laporan dari Media Permatang Pauh seramai 300 orang peserta yang terdiri dari pengamal media sosial iaitu Facebook, Twitter dan blog hadir di konvensyen yang diadakan Sunway Convention Centre, Seberang Jaya..

300?? kira betullah tu.. pasal kapasiti dewan ini ialah 500 orang maksima..jadi aku tak pertikaikannya..

Ariff Shah?? hmm.. boleh jadi kontroversi nih.. ha..ha..ha..


Dalam gambar diatas ada seseorang yang menggunakan nama Anak Kampung Pertama @ AKP..



Walaupun aku tak sokong UMNO/BN.. aku akui ianya bolehlah dikatakan berjaya..

Tapiiii... mungkin ramai yang datang tu hanya kerana mahu memenangi satu dari 90 hadiah cabutan bertuah yang diadakan tu kot?? ha..ha..ha.. biasalah.. pencacai UMNO.. tak ada imbuhan kerja tak jalan punya..

Lagi satu jumlah 300 orang yang dilaporkan tu...betul ke? atau pencacai UMNO nih hanya tahu mengira sampai 300 saja..

Pasal dulu masa ceramah Ummi Hafilda di Taman Janggus, Permatang Pauh.. Pisau.Net juga melaporkan jumlah yang hadir adalah sekitar 300 orang juga.. cuba tengok gambar di bawah nih..

Lagi gambar-gambar sila lihat di ( SINI )

Untuk mengetahui siapa lagi pencacai UMNO yang hadir dalam Konvensyen itu sila lihat di Blog Teman tapi Musuh satu Parlimen dengan aku iaitu ( Media Permatang Pauh )

Hangpa tengokla.. mana tau mungkin ada adik beradik hangpa...

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails