Sunday, July 15, 2012

Orang ramai berpusu keluar ketika Najib berucap di Stadium Bukit Jalil semalam.. malu weh.. (Video Inside)



Untuk mengelakkan sebarang laporan berbentuk negatif terhadap Kerajaan yang dipimpin oleh Najib atau laporan yang negatif tentang Najib sendiri, media-media yang ditunggang UMNO tidak akan menyiarkan laporan sedemikian.

Perkara ini jelas kerana ianya telah berlaku dalam Konvensyen Media Sosial 1Malaysia semalam bilamana wartawan Malaysiakini telah dihalau keluar dari dewan kerana menyiarkan satu laporan yang mendedahkan UMNO membayar cybertrooper mereka - sila baca di ( SINI )

Laporan berikut adalah satu laporan yang tak mungkin disiarkan oleh sebarang media yang ditunggang oleh Kerajan UMNO/BN.

Ekspo dan pameran Hari Koperasi Negara (HKN) ke-11 telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam 14 Julai pada pukul 8.30 malam.

Ianya telah berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil bermula 13 Julai.

Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Md Yusof Samsudin berkata ini adalah kali pertama koperasi dari rantau Asean menyertai ekspo tersebut yang merupakan pengisian sambutan Hari Koperasi Negara 2012.

Dan beliau menyasarkan 100,000 ahli koperasi dan orang ramai menghadiri sambutan Hari Koperasi Negara itu.

Malangnya.. perasmian yang dilakukan oleh Najib itu gagal sama sekali menarik orang ramai, dan seperti biasa untuk menjadikan majlis tersebut gah dengan kehadiran orang ramai memenuhi stadium pelajar-pelajar sekolah terpaksa di upah.

Ada sumber yang mengatakan mereka dibayar RM30 seorang untuk hadir.. RM30 tu selepas kena tapis sepatutnya RM50 seorang..

Oleh kerana mereka diupah untuk hadir memenuhi Stadium, apa yang Najib ucapkan semasa perasmian tersebut tidak dipedulikan mereka.


Samada mereka menyampah dengan Najib atau terlalu gembira kerana mendapat upah RM30 itu. Ketika Najib berucap riuh rendah mereka membunyikan ‘Air Horn’.

Seperti apa yang dilakukannya di London bilamana ucapannya diganggu dengan laungan ‘BERSIH’ dulu.. Najib cuba menenangkan keadaan.. tapi budak-budak tu peduli apa..

Air Horn terus dibunyikan sepanjang Najib berucap, menganggu ucapan Najib sama sekali..

Lebih malang lagi.. Ketika Najib sedang berucap orang-ramai mula melangkah keluar dari Stadium.. saksikan videodi bawah..

video

Versi YouTube sila lihat dan download di ( MiLo SuaM )

Nampak tak kenapa wartawan yang berani melapurkan sesuatu berita secara telus perlu dihalau keluar?

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails