Thursday, July 12, 2012

Utusan siar berita dari sumber palsu sekali lagi..


Sekali lagi Utusan menyiarkan artikel dari suarapakatanrakyat.com yang didakwa sebagai sebuah Blog Pro Pakatan Rakyat..

Mungkin pada kali pertama menyiarkan yang dikutip dari blog tersebut ianya kurang menyakinkan pembaca mereka bahawa blog tersebut adalah pro Pakatan Rakyat maka sekali lagi perkara ini ditekankan oleh mereka untuk lebih menyakinkan pembacanya.

Hanya pihak Utusan yang meletakkan blog tersebut sebagai Blog propembangkang sedangkan Blog tesebut tidak diketahui milik siapa danterdapat dua gambar memaparkan yang boleh dipertikaikan oleh penyokong Pakatan dipaparkan dalam blog tersebut..

Ini gambarnya..


Korang pernah tengok ke dalam ratusan blog pro Pakatan Rakyat, Anwar dan Ambiga dilabelkan sebagaimana yang telah mereka labelkan di atas?

Blog tersebut dikatakan oleh banyak pihak sebagai sebuah Blog yang dibangunkan oleh pihak BN menggunakan Suara Pakatan Rakyat sebagai namanya untuk mengabui mata masyarakat.

Dan Utusan digunakan sebagai penyambung fitnah memandangkan mereka sudah biasa menyebar fitnah.. dah berapa kali kena saman pun tak seruk-serik lagi..

Baca apa penjelasan Guan Eng mengenai perkara ini di bawah..

Sebelum itu.. aku tertarik dengan kenyataan ini..
Menurut penulis blog itu, dia mempunyai dokumen bagi menyokong maklumat tersebut seperti senarai calon pakatan pembangkang yang bakal bertanding dan akan memperkenalkan nama-nama terlibat secara berperingkat mulai esok.
Dokumen??? kah..kah..kah.. ada ke dokumen dari mesyuarat Biro Politik Parti dibenarkan dibawa keluar dari bilik mesyuarat??

Lagipun setahu aku.. hingga sekarang satu nama pun belum disahkan atau ditetapkan lagi sebagai calon oleh baik PAS, DAP mahupun PKR sendiri..

Calon DAP tidak lebih 60 orang

GEORGETOWN - Tidak mungkin DAP akan bertanding 90 kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
 
Katanya, walaupun pembahagian kerusi dalam Pakatan Rakyat (PR) belum selesai namun DAP hanya akan meletakkan tidak melebihi 60 orang bagi kerusi Parlimen.
 
“Kalau DAP bertanding 90 kawasan Parlimen, anda akan dilantik sekali untuk menjadi calon kami,” katanya dengan nada bergurau kepada wartawan Sinar Harian pada sidang media di sini semalam.
 
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah blog propembangkang, suarapakatanrakyat.com yang mendakwa DAP akan bertanding 90 kawasan Parlimen manakala PKR dan Pas masing-masing sebanyak 66 kerusi.
 
Menurutnya, DAP sedang menyediakan senarai pendek nama calon parti itu dan ia akan diputuskan oleh tiga ahli jawatankuasa parti dalam masa yang sesuai.
 
Dalam pada itu, diminta mengulas mengenai kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mendakwa Pas adalah parti yang paling kuat dalam PR, Guan Eng berkata, ketiga-tiga parti perlu kuat bagi memenangi PRU13 seterusnya menawan Putrajaya.
 
“Kalau PR nak menang kita tidak boleh bergantung kepada Pas sahaja yang kuat. Kalau satu parti sahaja yang kuat belum tentu PR akan menang.Apa yang paling penting, sokongan rakyat kepada PR," kata beliau.

Pasal suarapakatanrakyat.com tu korang bacalah kat MiLo SuaM ni apa yang dia jelaskan, aku malas nak tulis.. baca di sini ( MiLo SuaM )

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails