Friday, July 6, 2012

Tak bertanggung jawabnya kenyataan Menteri ni...


Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) membidas tulisan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dalam Twitternya yang  memilih hidangan 'lamb chops' di kala tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) mogok lapar.

GMI menyifatkan kenyataan Hishammuddin itu sebagai "tidak mahu bertanggungjawab untuk membebaskan tahanan tersebut yang sedang mogok lapar".

hishammuddin serdang squad muda kdn 100612Setiausaha GMI, Ahmad Syukri Ab Razab berkata kenyataan seumpama itu "sudah dijangka" oleh pihaknya sejak tahanan terbabit melancar mogok lapar Mei lalu.

"Sebelum ini dia kata mogok lapar itu pilihan sendiri... (Satu) kenyataan yang tidak bertanggungjawab. Beliau sendiri tahu bahawa beliau ada kuasa untuk bebaskan tahanan.

"Yang jadi penentuan (ialah) sama ada (guna) budi bicara (beliau) untuk mengambil tanggungjawab membebaskan tahanan ataupun tidak.

"Kalau beliau menunjukkan kenyataan sebegini, kita nampak beliau tidak mahu bertanggungjawab dan membiarkan tahanan mogok lapar," katanya.

Ahmad Syukri yang juga koordinator NGO hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (Suaram) mengulas kenyataan menteri itu dalam Twitternya malam tadi.

Tertanya-tanya langkah menteri
Hishamuddin yang juga naib presiden Umno menulis: "pilihan mereka, lamb chops pilihan aku" ketika mengulas tweet seorang pengguna lain berbunyi "Amboi tahanan ISA mogok lapar kau makan lamb chops..."

Ahmad Syukri menggesa Hishammuddin mencontohi amalan di negara luar seperti Carlifonia yang menubuhkan jawatankuasa bagi menyelesaikan masalah mogok lapar di penjara Pelican Bay.

NONE"Tetapi kenyataan yang keluar daripada mulut menteri kita begitu (mengenai lamb chops)," katanya sambil menegaskan pihaknya akan meneruskan pendedahan dan tekanan terhadap kerajaan membebaskan tahanan kerana "itu sahaja pilihan yang ada".

Mengulas sikap diam Hishammuddin daripada mengulas isu mogok lapar, Ahmad Syukri berkata hal demikian menunjukkan kerajaan tidak bersungguh untuk menyelesaikannya.

Bahkan, tambahnya, semua pihak tertanya-tanya kini mengenai tindakan kerajaan sama ada untuk membebaskan awal tahanan atau menilai situasi tahanan dalam kem tersebut setakat ini.

"Adakah ada satu jawatankuasa atau satu badan khas ditubuhkan untuk melihat (kes itu) atau menilai untuk membebaskan awal atau tidak.

"Langsung (tidak ada). Semua orang tertanya-tanya apa yang Kementerian Dalam Negeri buat," kata Ahmad Syukri.


Malaysiakini

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails