Thursday, July 12, 2012

Tahniah Tun Faisal.. Inilah hasil kebodohan anda..


Bersamalah kita seluruh rakyat Malaysia yang menyokong Pakatan Rakyat tak kira walau dimana berada mengucapkan tahniah dan jutaan terima kasih kepada Pengerusi UMB Tun Faisal..

Gara-gara kebodohannya kini seseorang yang selama ini berada diatas pagar sudah tergerak hatinya untuk turut menentang UMNO...


Bekas mufti Perlis itu yang kini merupakan zamalah pelawat di Universiti Oxford memuji British kerana menyemak perbelanjaan keluarga diraja dan memastikan mereka bertanggungjawab terhadap pembayar cukai. Menurut Dr Asri, langkah ini baik untuk mencegah penyelewengan.


Dalam tulisan bertajuk “Mereka Paling Mencegah Kezaliman Raja”, Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyatakan, walaupun keluarga diraja British memberikan sumbangan besar dalam sejarah negara tersebut, mereka (keluarga diraja) tidak dibiarkan untuk berbuat sesuka hati.

Dr Asri  menulis perkara tesebut selepas membaca laporan akhbar Daily Mirror yang diterbitkan pada 3 Julai lalu tentang perbelanjaan perjalanan keluarga diraja British yang melambung tinggi mencecah 6.1 juta pound sterling tahun lalu.

Dr Asri membandingkan pengalaman British dengan dunia Islam dimana British memberikan kebabasan kepada warga untuk mengkritik pemimpin manakala dunia Islam pula menjatuhkan hukuman kepada rakyat yang mengkritik pemimpin.

“Lihatlah dunia Islam di mana golongan bangsawan boleh mengaut segala kekayaan minyak, balak, gas, tanah dan segala harta awam rakyat tanpa siapa boleh mempertikaikan. Malahan siapa yang berani mempertikaikan akan menerima hukuman,” tulis beliau lagi.

Dr Asri mengkritik golongan agama yang mempertahankan kezaliman penguasa sepertimana ulama berfatwa mempertahankan Muammar Qadafi, Hosni Mubarak dan rejim yang masih hidup iaitu Bashar al-Assad.

Walaupun tidak menyentuh tentang Malaysia dalam tulisannya itu, Dr Asri menimbulkan kontroversi dalam laman sosial Twitter Isnin lalu.


“Melayu salah baca sejarahnya; Jebat sbnarnya tdk derhaka tp Sultan Melaka yg celaka. Menzalimi rakyat tp mndakwa brdaulat,” kata beliau melalui akaun Twitter‏ nya, @realDrMAZA.

Tokoh agama popular itu mendapat reaksi serta merta dari penyokong Umno kerana kenyataannya mengenai Jebat – kisah mitos Melayu yang selama ini menyatakan Jebat adalah seorang penderhaka kerana berani melawan raja yang menindas sahabat baiknya, Hang Tuah.

Pada masa sama, Dr Asri menulis di laman sosial Twitter tentang insiden Syed Abdullah Hussien Al-Attas — lebih dikenali dengan nama Uncle Seekers di blognya — kini disiasat polis kerana memalukan Sultan Johor, berkaitan dengan kritikannya bekas mufti Perlis itu terhadap ketidakseimbangan kuasa.


“Uncle seeker hendaklah dibawa ke mahkamah dan dibicara dgn adil segala dakwaannya. Rakyat ingin melihat keadilan ditegakkan “ kata Dr Asri.

Uncle Seekers bukanlah insiden pertama kerana sebelum itu, pemimpin popular yang juga ahli parlimen dan adun, Datuk Seri Nizar Jamaluddin turut disiasat dibawah akta hasutan kerana mengkritik Sultan Johor yang membeli nombor pendaftaran WWW1 dengan harga RM520,000 Mei lalu.


Pemimpin pemuda Umno, Tun Faisal Ismail Aziz, yang mengetuai Unit Media Baru (UMB) parti tersebut, terus menjawab tulisan Dr Asri itu di laman sosial Twitter.

“Blogger Pas mengamuk akibat dengar ceramah yang halalkan pemimpin diguling dengan mata pedang?” tulis Tun Faisal melalui akaun Twitternya @tunfaisal.

Tulisan Tun Faisal itu terus dijawab oleh Dr Asri — sebelum ini cuba dipancing oleh PAS untuk menyertai parti tersebut, tetapi intelektual Islam itu masih kekal bebas dari sebarang parti politik.

“Bala bagi UMNO jika org spt @tunfaisal ini menduduki kepimpinan.


“Rakyat tdk membenci UMNO ttp mmbenci perangai sstengah org/pemimpin UMNO. Mrklah yg mnyuburkn kbencian ramai pd parti trsebut,” jawab Dr Asri.

Pemimpin NGO dan parti pembangkang telah lama mengkritik kerajaan kerana menggunakan Akta Hasutan 1948 sebagai senjata politik dan menghentikan kritikan, walaupun perkara yang dikritik itu benar.

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails