Thursday, July 26, 2012

Survey kata Mukhriz pilihan jadi MB Kedah.. Pemimpin UMNO Kedah kata boleh blah..


ALOR SETAR: Bukan semua ahli dan penyokong  Umno di Kedah yang mahu anak mantan Perdana Menteri iaitu Datuk Mukhriz Mahathir dilantik sebagai Menteri Besar selepas pilihan raya umum 13.

Tinjauan ringkas mendapati ada pemimpin Umno di bahagian yang menentang pemilihan Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah.

“Mukhriz tidak sesuai kerana orang Kedah macam orang Kelantan mahu yang lebih beragama sedikit.

“Kalau isterinya masuk kampung dengan rambut merah dan tidak bertudung, orang tidak suka,”kata seorang pemimpin Umno bahagian.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan terbaru oleh Universiti Utara Malaysia (UUM) bahawa ramai yang mahu Mukhriz menjadi Menteri Besar Kedah.

Kajian itu menunjukkan Mukhriz lebih popular berbanding tiga pemimpin BN lain iaitu Ketua Perhubungan, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah, Ketua Penerangan Datuk Seri Mohd Jamil Khir Baharom dan Ketua Pembangkang DUN Kedah, Datuk Seri Mahadzir Khalid.

Ketua Umno bahagian Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad berkata, bercakap terlalu awal bahawa pemimpin tertentu akan menjadi Menteri Besar tidak baik kepada parti dalam menghadapi pilihan raya umum ke 13.

“Kita menyebut Mukhriz akan menjadi Menteri Besar Kedah, apa akan jadi dengan Ahmad Bashah?
“Kedua-dua mereka pemimpin utama Umno Kedah. Jadi yang lebih baik jangan bercakap orang ini atau orang itu akan menjadi Menteri Besar.

“Biar kita (Umno) menang dulu dalam pilihan raya baru berbincang untuk memilih Menteri Besar,” kata Nawawi yang juga ADUN Kuah di Parlimen Langkawi.

Seorang pemimpin lain berkata, untuk menjadi Menteri Besar Kedah seseorang itu perlu mempunyai empat kriteria iaitu baik dengan Sultan; baik dengan pegawai kerajaan negeri; baik dengan ketua bahagian Umno dan banyak wang.

Katanya, Mukhriz telah mempunyai kira-kira 50 peratus untuk menjadi Menteri Besar Kedah.

“Di kalangan pemimpin Umno Kedah yang ada sekarang, Mukhriz yang terbaik. Malangnya Kedah tidak mempunyai pemimpin muda yang ramai seperti Johor,” katanya lagi.

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails