Wednesday, July 4, 2012

Scandal RM1 Billion : Jawapan dari Kerajaan Selangor kepada MCA... bacalah..


Semalam dengan dengan cara meniru pendekatan PKR dalam mendedahkan isu yang melibatkan Kerajaan UMNO/BN, MCA mengadakan satu sidang media..

Jika dalam PKR, Rafizi akan bertindak memulakan pendedahan.. MCA pula menggunakan anak Chua Soi Lek, Chua Tee Yong sebagai jurucakap mereka..

Jika sebelum dibuat pendedahan anak Soi Lek ini berkata jumlah Scandal adalah RM1 Billion.. tapi semalam jumlahnya menjadi RM260 Juta pula..

Tak tahulah mengapa.. mungkin dia tak tahu baca akaun.. pasal itulah salah...

Dalam pendedahan itu MCA mendedahkan dokumen yang kononnya menunjukkan Kerajaan Negeri Selangor menggunakan lebih RM260 juta untuk menyelamatkan syarikat Talam melalui proses perakaunan rumit.

Dan sebagai menjawab tuduhannya itu...

Nah amekkau!!

Kerajaan Negeri Selangor akan saman MCA...


Ini laporan dari Malaysiakini..

Kerajaan Selangor memutuskan mengambil tindakan undang-undang terhadap MCA dan pihak yang menuduh berkenaan penyelewengan RM1 billion berhubung isu Talam Corporation Bhd, kata menteri besar.

"Keputusan mengambil tindakan undang-undang ini dibuat kerana tuduhan ini bukan sahaja tidak benar, berat dan serius; malah telah mencemar nama baik kerajaan Selangor," kata Tan Sri Khalid Ibrahim.

Sehubungan itu, beliau menegaskan, kerajaan negeri, tidak akan membuat apa-apa ulasan buat masa ini demi untuk tidak mengganggu proses perundangan.


Bercakap dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Shah Alam, Khalid berkata pihaknya akan memfailkan saman tersebut dalam masa terdekat.

MCA semalam mendedahkan dokumen yang menunjukkan Selangor menggunakan lebih RM260 juta untuk menyelamatkan syarikat Talam melalui proses perakaunan rumit.

Anggota jawatankuasa pusat parti itu, Datuk Chua Tee Yong mendakwa pentadbiran Pakatan Rakyat tidak menjelaskan perkara sebenar berhubung usaha memungut hutang melibatkan Talam itu.

Beliau bagaimanapun menjelaskan bahawa jumlah tersebut bukanlah skandal RM1 bilion yang disebutnya sebelum ini.

Selangor akan menyediakan kertas putih menerangkan penyusunan semula hutang Talam dalam Bajet 2013 pada November ini.


Malaysiakini

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails