Wednesday, July 4, 2012

Saham syarikat penyedia e-mail 1Malaysia yang dilancar Najib menjunam 70%..


Ingat lagi projek memperbodohkan rakyat, Projek e-mail 1Malaysia yang telah dilancarkan oleh Najib sekitar April 2011 lalu?

Najib telah mengumumkan perlaksanaan projek tersebut dengan kos perlaksanaannya mencecah RM50 Juta walaupun terdapat banyak e-mail boleh digunakan secara percuma di internet.

Dan perkhidmatannya telah disediakan secara percuma sejak berpuluh tahun lalu sedangkan e-mail 1Malaysia ni mengenakan bayaran 50 sen setiap kali penggunaannya…

Najib kata projek ni tak menggunakan dana awam.. tertanya-tanya jugak aku siapalah yang murah hati sangat nak sedekahkan RM50Juta bagi menyelamatkan sebuah syarikat yang bermasaalah… baca kat ( SINI )

Tapi apa yang terbongkar disebalik pelancaran projek e-mail 1Malaysia oleh Najib itu ialah pelancarannya dengan menyediakan dana sejumlah RM50 Juta itu hanyalah bertujuan untuk menyelamatkan Tricubes Berhad yang dimiliki secara tidak langsung oleh adik Najib.. baca kat ( SINI ) kalau tak percaya..

Berapa orang rakyat Malaysia yang dah berjaya diperbodohkan oleh Najib untuk menjadi pelanggan e-mail 1Malaysia agaknya??

Dah tahu syarikat itu bermasaalah tapi demi adik dia nak lancarkan juga projek tu.. hasilnya..

Hari ini… Malaysiakini melaporkan saham bagi Tricubes Berhad yang didagangkan di Bursa Saham Kuala Lumpur telah menjunam 70% dan kemungkinan penyenaraiannya di BSKL di batalkan… ( SINI )

Cuba tengok apa yang The Star laporkan kat bawa ni.. tengok kat nilai dia tu.. dari 0.035 mata menjunam jadi -0.065…


Maknanya dah rugi berkandar orang utara kata.. dan RM50 Juta itu akan hangus...

Bagi yang kurang faham tu.. macam ni lah.. kita permudahkan sikit, katalah dulu kita membeli seketul emas dengan harga RM10K seketul.. beberapa hari kemudian harganya naik menjadi RM11K.. kita dah untung RM1K..

Kita simpan lagi dengan harapan harganya akan naik.. tapi bila hari ini kita nak jual kita kena tambah duit pula..

Begitulah lebih kurang..

Berapa juta pulak kali ni nak habis untuk selamatkannya…  RM50Juta dulu siapa punya Najib?

Gambar kat atas sekali tu aku jumpa di ( Ameno World )

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails