Saturday, July 28, 2012

Rohingya: Kemana Menghilang Nilai Kemanusiaan Kita?


Selain dari berdoa kepada Allah S.W.T. agar diringankan dugaan yang mereka terima ketika masih hidup didunia ini.. kepada siapa lagi yang boleh mereka harapkan untuk membantu?

Bangsa-Bangsa Bersatu hanya akan membantu jika ummat Islam Rohingya ini boleh membantu mereka (PBB) semula.

Tiada kepentingan PBB disana jadi mereka ummat Islam Rohingya itu akan dibiar dihapuskan secara kejam begitu sahaja.

Jika tanah dibumi umat Islam Rohingya itu kaya dengan Minyak sudah tentu banyak pihak yang berlumba-lumba mahu membela meraka..

Lebih malang lagi buat mereka.. negara-negara Islam juga tidak memperdulikan nasib mereka.. Bangladesh negara yang miskin dikatakan hingga sekarang telah melindungi 3 Juta pelarian Rohingya.

Jumlah itu adalah satu jumlah yang memerlukan perbelanjaan yang tinggi untuk pengurusan dan kini Bangladesh juga sudah tidak mampu untuk membiayai pelarian-pelarian itu..

Mereka terpaksa menghalang kemasukkan pelarian seterusnya ke negara mereka bagi mengelakkan keadaan berada diluar kawalan..




Tapi... Malaysia yang juga sebuah negara Islam langsung tidak memperdulikan nasib mereka.. kenapa? adakah kerana mereka miskin maka kita tak perlu membantu mereka?

Adakah kerana mereka miskin.. kita perlu membiarkan mereka menjadi mangsa penghapusan etnik?

Adakah kita yang merupakan saudara seugama dengan mereka juga mengharapkan balasan dari mereka untuk membantu?

Kemana menghilang nilai kemanusiaan kita?

Terus terang aku cakap.. Dalam hal membantu ummat Islam diluar negara aku hormati dan sanjung inisiatif yang telah diambil oleh Tun Mahathir Mohammed dalam membantu ummat Islam di Bosnia suatu masa dulu..

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails