Wednesday, July 25, 2012

Raja Komando akan saman Ummi Hafilda dan UMNO Online


Aktivis Pakatan Rakyat, Raja Kamaruddin Raja Abdul Wahid atau lebih dikenali sebagai Raja Komando akan meneruskan saman beliau terhadap Ummi Hafilda dan Umno Online.

Raja Komando ketika dihubungi berkata, laporan polis telah dibuat pada Jumaat di balai polis  Kelang.

Walaubagaimanapun, kes itu dipindahkan ke Ibu Pejabat Polis (IPD)  Dang Wangi berikutan balai polis Kelang tidak mempunyai kemudahan dan kepakaran untuk menyiasat kes yang diklasifikasikan sebagai jenayah siber.
 
Laporan polis itu dibuat ekoran dakwaan Ummi Hafilda yang disiarkan di dalam laman web Umno Online yang mendakwa jawatan Raja Komando sebagai Pengerusi Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) adalah ganjaran selepas menjadi saksi palsu kes Anwar Ibrahim pada tahun 1998.

Ummi Hafilda turut mempersoalkan bagaimana Raja Komando boleh menjadi pengerusi syarikat terbabit yang  menguruskan semua projek pasir di Selangor jika tidak dengan mengamalkan rasuah.

“Daripada siapa dia (Ummi Hafilda) dapat cerita mengarut ini? Saya bukan pengerusi KSSB. Saya mendapat tender dengan mengikuti segala prosedur yang sah”.

“Saya adalah kontraktor bebas yang membida projek KSSB seperti orang lain juga,” katanya.
 
“Dakwaan Ummi Hafilda langsung tidak berasas. Bagaimana saya boleh dipanggil untuk memberi keterangan di mahkamah jika saya adalah saksi palsu dan tidak boleh dipercayai”.

Terdahulu, Ummi telah menjelaskan bahawa dia akan membuat laporan  finah jenayah terhadap Raja Komando menyebarkan fitnah kononya Setiausaha Politik Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu Datuk Aziz Shamsuddin (pada tahun 1998) mengatakan dia seorang pelacur. - KL Today

Ini laporan yamg dimaksudkan itu..


Kata Raja Komando “Jangan bodohkan rakyat dengan budaya fitnah…Rakyat tidak bodoh untuk menerima bulat-bulat dakwaan mereka yang sengaja direka untuk memalit imej negatif kepada KEADILAN dan Pakatan Rakyat.

“Ummi Hafilda ini bukannya aset untuk Umno tapi dah jadi liabiliti yang merugikan mereka sendiri.

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails