Wednesday, July 4, 2012

Perkasa ni dah gila atau sememangnya bodoh?

Kurang pasti pulak aku samada puak Perkasa ini sudah gila atau sememangnya bodoh.. ini kerana mereka telah membuat satu laporan Polis kononnya pihak Royalti telah menggunakan nama Sultan Kelantan.


Laporan tersebut dibuat Ketua Wira Perkasa Kelantan, Azman Yazid, 32, kira-kira pukul 2 petang sehari yang lalu bersama beberapa ahli Perkasa yang lain.

Azman ketika ditemui berkata, beliau memohon pihak berkuasa menjalankan siasatan memandangkan dakwaan Royalti yang mengaku mendapat sokongan Sultan Muhammad V, justeru mana-mana pihak yang tidak menyokong pergerakan itu secara tidak langsung menderhaka kepada baginda.

"Pada 26 Jun lalu ada satu perhimpunan membabitkan Gerakan Tukar Kerajaan Pas Kelantan (Tukar) dan Royalti di depan pejabat menteri besar di Kota Darulnaim dan ketika itu Royalti menjaja gambar baginda yang mereka dakwa menyokong perjuangan Royalti - kata Azman seperti yang dilaporkan Utusan.

Sedangkan Sultan Kelantan sendiri telah berkenan mencemar duli menandatangani plak Tuntutan Royalti Petroleum.

Baginda berkenan melawat booth Royalti sebuah Gabungan Profesional Kelantan Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas Ke Kelantan, bersempena Ekspo Pertanian Kelantan 2012 di pekarangan Stadium Sultan Mohamad IV, awal bulan june lalu..

Ini gambar baginda sedang menandatangani plak berkenaan..


 Itulah.. lain kali apa-apa hal pun siasat dulu.. jangan menuduh membabi buta.. kan dah nampak bodoh sangat..


Kononnya nak tunjuk kesetiaan kepada Raja.. tapi yang terserlah ialah kebodohan diri sendiri...

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails