Tuesday, July 17, 2012

Penafian Polis sebabkan Papagomo meroyan dalam Twitter...


Mungkin kerana tidak berpuas hati dengan pihak Polis yang menafikan cerita rekaannya kononnya seorang mahasiswa, mendakwa dia telah diliwat oleh  Anwar Ibrahim Papagomo mula meroyan dalam Twitternya..

Petang tadi Sinar Harian melaporkan - Polis mengesahkan tidak menerima sebarang laporan daripada seorang mahasiswa, mendakwa dia telah diliwat oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagaimana dilaporkan oleh PapaGomo semalam - sepenuhnya sila baca di ( SINI )

Bila Polis dah nafikan maka menggelupurlah si Papagomo dalam Twitternya kerana tujuan untuk mengalih perhatian masyarakat dari memberikan perhatian terhadap scandal LRT bernilai RM1 Billion yang melibatkan Najib.
Pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli mendakwa, tindakan blogger Umno menyiebarkan fitnah mengenai laporan polis - seorang mahasiswa yang mengatakan beliau diliwat oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim melambangkan parti tersebut berada dalam keadaan panik untuk mengalihkan perhatian umum berkenaan dengan skandal-skandal rasuah membabitkan Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Najib Razak.

Rafizi secara spesifik mengaitkan fitnah terbaru blogger Umno itu adalah untuk menutup skandal LRT Ampang yang melibatkan PM secara langsung - didedahkannya secara bersiri baru-baru ini.

"Saya juga ambil isyarat ini bahawa skandal itu (LRT Ampang) ada asasnya dan PM sendiri merasa bahangnya.

"PM perlu bertanggungjawab bahawa fitnah baru ini dibuat atas namanya untuk menyelamatkan beliau susulan pendedahan skandal - skandal rasuah beliau," kata Rafizi (gambar) kepada The Malaysian Insider sebentar tadi.

Dari mula cerita kononnya si Papagomo kata ada sumber mengatakan laporan Polis dibuat.. sekarang dia kata dia ada video pulak..



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails