Wednesday, July 11, 2012

Pemimpin dan Pencacai UMNO Penang buat kerja bodoh lagi... ini buktinya..


Gambar di atas adalah gambar tunjuk perasaan membantah pembinaan Asian Women Leadership University (AWLU)di Kampung Genting, Balik Pulau, Pulau Pinang awal bulan ini..

Dalam demo tersebut kononnya kira-kira 50 penduduk Kampung telah menyatakan bantahan mereka kepada tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang yang mengarahkan mereka mengosongkan tanah kediaman bagi universiti tersebut di atas.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Betong, Sr. Muhamad Farid Saad dari UMNO dilaporkan turut serta dalam demontrasi itu.

 Seperti biasa..maka media-media yang ditunggang UMNO/BN baik media cetak mahupun media elektronik mula memainkan isu tersebut..


Setelah media tunggangan, Blogger-blogger Upahan pula mula menjalankan tugas.. bagi mereka rakyat perlu diyakinkan bahawa Guan Eng mahu menghalau Melayu keluar dari Pulau Pinang..

Ini contohnya..

Agenda menghalau melayu keluar dari pulau berjalan lancar.Pisau pernah mendedahkan bahawa Lim Guan Eng ketua menteri paling celaka regim DAP menggunakan kuasa sepenuhnya pemegang porfolio tanah untuk melakukan pembersihan etnik secara sistematik.

Balik Pulau satu satunya kawasan yang masih terpelihara (setakat ini) kawasan majoriti melayu,sekarang ini proses menghalau penduduk kampung tradisi ini dilakukan dengan atas nama Hub pendidikan.

Dahulunya dikhabarkan salah satu institusi bakal dibuka ialah Nanyang Universiti dari Singapura ,namun hasrat itu setakat ini ditangguhkan.Isu ini senyap seketika semenjak 2 tahun lepas,namun rancangan ini sebenarnya berjalan lancar.

Hasilnya Kampung Genting tetap akan di ambil walaupun kesemua penduduknya adalah pemilik bergeran yang sah! Kepada Hj Husni Pentadbir Tanah Daerah Barat Daya Pulau Pinang. yang menjadi balaci Guan Eng,sememangnya kamu menjadi dalang habuan nafsu buas ultra kiasu Guan Eng dalam agenda menghalau melayu.

Kerja ukur dan penilaian tanah untuk apa? Di Wartakan untuk apa? semuanya bertujuan untuk menghalau dan merobohkan rumah rumah kampung melayu.

Plan untuk menjadikan Balik Pulau sebagai Education Hub oleh Guan Eng,sebenarnya adalah berbentuk serampang 2 mata.

Apa perlunya Education Hub di Balik Pulau? Mengapa tidak ke Kepala Batas?

Tapi.. kali ini yang menghairankan ialah isu ini tidak disiarkan berpanjangan oleh TV3 dan Utusan Malaysia.. mengapa agaknya??

Sebabnya ialah demo membantah pembinaan Asian Women Leadership University yang dipercayai telah diatur oleh UMNO itu adalah satu kerja bodoh oleh UMNO di Pulau Pinang.

Ini kerana pihak yang meluluskan pembinaan Asian Women Leadership Universiti (AWLU) di Pulau Pinang yang membabitkan Kampung Genting itu adalah Kerajaan Pusat sendiri..

Berikut adalah surat rasmi dari Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Senator Datuk Seri Idris Jala kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng yang menjelaskan siapa sebenarnya yang mengambil tanah mereka itu..


Hah!! pi lah demo kat depan Jabatan Perdana Menteri tu kalau berani..

Lain kali kalau nak cipta isu buat research dulu.. jangan menyondol membabi buta.. main sondol saja apa yang ada..macam babi yang buta..


Dokumen diperolehi dari Zainul Faqar

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails