Tuesday, July 31, 2012

Najib pecat Lajim tapi berselindung disebalik nama Agong..


Petang ini kebanyakkan media menyiarkan laporan yang mengatakan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah telah memberi perkenan membatalkan pelantikan Datuk Seri Panglima Lajim Ukim sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Tidak langsung disebutkan nama Najib dalam hal pemecatan Datuk Seri Lajim ini, padahal Agong hanya bertindak begitu atas nasihat Najib..

Ini laporan dari Sinar Harian..

Lajim digugur Timbalan Menteri

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah telah memberi perkenan membatalkan pelantikan Datuk Seri Panglima Lajim Ukim sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkuatkuasa serta-merta, demikian menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri hari ini.
- Bernama

Ini laporan dari Malaysiakini juga tidak menyebutkan nama Najib sebagai dalang pemecatan Datuk Seri Lajim Ukin..

Agong perkenan batal pelantikan Lajim ke kabinet
Pelantikan Datuk Seri Lajim Ukin sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dibatalkan serta merta.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah memberi perkenan terhadap pembatalan pelantikan itu.

Ia adalah mengikut peruntukan Fasal (3) Perkara 43A yang dibacakan bersama Fasal(5) Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan - Malaysiakini

Ini adalah Perkara 43A yang terdapat dalamPerlembagaan Persekutuan Malaysia

(1) Yang di-Pertuan Agong boleh atas nasihat Perdana Menteri melantik Timbalan-Timbalan Menteri daripada kalangan ahli mana-mana satu Majlis Parlimen; tetapi jika sesuatu pelantikan dibuat semasa Parlimen terbubar, seseorang yang menjadi ahli Dewan Rakyat yang lepas boleh dilantik tetapi tidaklah boleh memegang jawatan selepas permulaan penggal Parlimen yang berikutnya melainkan jika dia ialah ahli sama ada bagi Dewan Rakyat atau Dewan Negara.

(2) Timbalan-Timbalan Menteri hendaklah membantu Menteri-Menteri pada menunaikan tugas dan fungsi mereka, dan bagi maksud sedemikian hendaklah mempunyai segala kuasa Menteri.

(3) Peruntukan Fasal (5) dan (6) Perkara 43 hendaklah terpakai bagi Timbalan Menteri sebagaimana peruntukan itu terpakai bagi Menteri.

Ini pula adalah sebahagian dari Perkara 43.

(4) Jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, maka Perdana Menteri hendaklah meletakkan jawatan Jemaah Menteri melainkan jika atas permintaannya Parlimen dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong.

(5) Tertakluk kepada Fasal (4), Menteri-Menteri selain Perdana Menteri hendaklah memegang jawatan selama diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, melainkan jika pelantikan mana-mana Menteri telah dibatalkan oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri, tetapi mana-mana Menteri boleh meletakkan jawatannya.

Keseluruhan perlembagaan si la baca di ( SINI )

Tujuan tidak disebut nama Najib sebenarnya bagi mengelakkan publisiti kurang baik terhadapnya berikutan pemecatan itu.. oleh itu nama Agong telah diberikan penekanan oleh Pejabat Perdana Menteri.

Hakikatnya Agong hanya memperkenankan atas nasihat Najib.. kalau Najib tak nasihat tak akan dipecatnya..

Untuk menjaga popularitinya,, Najib menggunakan nama Agong bagi melindungi pemecatan Lajim oleh nya...

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails