Saturday, July 7, 2012

Sekali lagi.. Mashitah menolak perlaksanaan hudud


Laksana sesumpah yang berubah mengikut persekitaran begitulah juga dengan Ustazah Mashitah ini..

Suatu masa dulu, ketika Pak Lah masih menjadi Perdana Menteri, Ustazah Mashitah secara terang-terang telah mempermainkan hukum hudud dalam satu ceramah.

Tetapi kini semuanya telah berubah, semuanya bermula dengan saranan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) UMNO dari Kemelah, Johor Datuk Ayub Rahmat yang ingin menjadikan Johor sebagai negeri pertama melaksanakan hukum hudud.

Meskipun secara peribadi beliau menyokong saranan ADUN tersebut.. namun demi mahu menjaga hati Najib yang telah mengumumkan tidak akan melaksanakan hukum Hudud di negara ini lihat videonya di ( SINI ).. Mashitah terpaksa memberikan alasan kenapa hudud tidak boleh dilaksanakan di negara ini..

Alasan Mashitah untuk tidak membenarkan hudud dilaksana di negara ini ialah negara masih lagi kekurangan prasarana untuk membolehkan ia menjadi realiti.

Katanya “Namun kita kekurangan prasarana terdiri daripada mahkamah, hakim, pegawai pendakwa bagi melaksanakan perundangan Islam di negara ini. - laporan penuh sila baca di ( Sinar Harian )

Menyokong katanya tapi alasan yang diberikan menunjukkan sebaliknya pula..

Inilah bahananya apabila seorang Ustazah terlibat dalam politik.. dalam apa jua kenyataan jawatan yang dianugerahkan UMNO diutamakan.. bukannya perintah Allah didahulukan...

Kalau dah lupa apa Mashitah kata pasal hudud.. lihat Video di bawah...


Berikut pula adalah nasihat UAI buat Mashita dan kita semua..


Nih print screen laporan tu...



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails