Monday, July 2, 2012

Majlis PAS untuk Pengundi Luar Kedah tiada kehadhiran?.. Pencacai UMNO kantoi lagi!!


Semalam.. dengan berbekalkan gambar diawal majlis anjuran Pakatan Rakyat, sekali lagi Blogger pro UMNO cuba memperbodohkan rakyat dengan mendakwa majlis itu tiada sambutan..

Kalau minggu lalu mereka cuba memperbodohkan rakyat dengan mendakwa ceramah Anwar Ibrahim di Sabak Bernam tidak mendapat sambutan berdasarkan gambar sebelum ceramah bermula – sila lihat di ( SINI )

Kali ini majlis anjuran PAS Kedah pula dijadikan sasaran mereka.


Dengan modus operandi yang sama iaitu gambar di awal majlis yang hanya kelihatan beberapa orang yang hadir mereka cuba memperbodohkan rakyat sekali lagi.

Kononnya kali ini Majlis yang dianjurkan oleh PAS negeri Kedah tidak mendapat sambutan.. Berdasarkan gambar-gambar di atas, menulislah mereka seperti di bawah..

Majlis PAS untuk Pengundi Luar Kedah tiada kehadhiran

Demikianlah yang berlaku ketika Perjumpaan Pengundi PAS Kedah Luar Kawasan di Lembah Kelang Bersama Pimpinan PAS Kedah baru-baru ini.

Persediaan mereka adalah untuk seramai 2,500 orang tapi yang hadhir adalah 250 orang bersama penganjur dan pekerja parti semalam Jun 30hb di Stadium Tertutup MPSJ Serdang Jaya, Seri Kembangan.

Dan gerakan memperbodohkan rakyat ini telah berjalan secara besar-besaran.. tengok kat bawah ni berapa ramai Blogger Pro UMNO yang cuba nak perbodohkan rakyat..


Ini adalah gambar-gambar dari 'Majlis PAS untuk Pengundi Luar Kedah' ketika majlis sedang berlangsung..



Sumber gambar dari ( SINI )

Blogger UMNO ni tak letih kah menipu rakyat? Atau dia orang ingat semua rakyat Malaysia boleh diperbodohkan begitu mudah seperti mereka diperbodohkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO?

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails