Sunday, July 8, 2012

Mahathir kata Najib Melayu Bodoh.. Utusan siarkan..


Dalam satu temuramah khas antara Tun Mahathir dan Lidah Rasmi UMNO @ Mingguan Malaysia yang disiarkan hari ini, Dr Mahathir mengatakan, Melayu kini bersifat mementingkan undi sehingga apabila tuntutan dibuat yang melanggar perjanjian ketika zaman Kemerdekaan dilanggar sekalipun, mereka masih lagi berdiam diri.

“Saya berpendapat kita sudah kaku dan tidak menjawab balik kerana takut dituduh rasis. Sampaikan tuntutan dibuat yang melanggar perjanjian dahulu pun kita tak jawab.

“Malah, mereka buat lebih tuntutan lagi,” kata perdana menteri yang pernah berkhidmat selama 22 tahun itu.

Beliau turut mengemukakan contoh situasi tersebut apabila mengatakan “Jika dahulu untuk masuk kerja kerajaan diploma hanya melibatkan universiti awam tetapi sekarang ini diploma daripada Kolej Tunku Abdul Rahman, kita kena terima.”

Tambah Dr Mahathir lagi, semua perkara yang berlaku itu adalah atas kebodohan orang Melayu sendiri kerana Melayu kini telah berpecah.

Berikut adalah sebahagian dari temuramah yang dimaksudkan itu..

Sepenuhnya di ( Utusan Online )

Kebodohan orang Melayu?

Mari kita lihat Melayu manakah yang dianggap bodoh oleh Tun Mahathir kerana memberi pengiktirafan secara retrospektif kepada lebih 70 kursus Diploma dan Diploma Lanjutan yang ditawarkan sejak dari pertengahan 1990-an di pelbagai kampus Kolej Tunku Abdul Rahman (KTAR) di seluruh negara.

Berikut adalah Melayu yang bodoh itu….korang tengok betul-betul...

Sepenuhnya sila baca di ( Berita Harian Online )

Memang sesuai sangatlah tu.. dulu Tun Mahathir kata Ahli UMNO terdiri dari orang-orang bodoh.. dan sekarang Tun kata Presiden UMNO itu Melayu Bodoh.. kah..kah..kah..

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails