Tuesday, July 17, 2012

Mahasiswa buat laporan Polis diliwat Anwar Ibrahim?


Semalam boleh dikatakan kebanyakkan Blog pencacai UMNO menyiarkan artikel dari Blog Ikon Fitnah 1Malaysia kononnya seorang Mahasiswa telah membuat laporan Polis beliau diliwat Anwar Ibrahim.

Menurut PapaGomo beliau mendapat maklumat kononnya bahawa pada sebelah petang semalam  ada laporan Polis telah dibuat keatas Dato Seri Anwar Ibrahim oleh seorang Mahasiswa dari Utara yang menyatakan beliau telah diliwat oleh Anwar pada malam sebelumnya.

Tulis PapaGomo lagi.. tidak diketahui sama ada laporan tersebut benar ataupun sebaliknya namun yang pasti semua Kedutaan dalam Malaysia diminta untuk tidak melindungi Anwar Ibrahim jika beliau bertindak menyembunyikan diri sepertimana kes liwat yang terdahulu.

Artikel tersebut telah disiarkan oleh Papagomo pada pukul 7.22 malam..

Nampaknya skrip ciptaan Mahathir ini cuba hendak digunakan sekali lagi selepas kali kedua dibuktikan gagal oleh Mahkamah.

Yang menariknya pula kali ini PapaGomo sendiri tak pasti samada maklumat itu sahih atau tidak..

Lebih menarik lagi ialah semua Kedutaan dalam Malaysia diminta untuk tidak melindungi Anwar.. err.. sejak bila pula Malaysia mempunyai kuasa keatas Kedutaan dari luar negara ni?

Lagipun kalau benar ada laporan Polis terhadap Anwar sudah pasti akan jadi Headline dalam TV3 dan Utusan..

Ini tidak walaupun sudah lebih dari 24 jam berlalu TV3 dan Utusan masih belum menyiarkannya..

Kalau dikatakan kononnya mahasiswa itu diliwat pada malam sebelum petang semalam (15 Julai) iaitu 14 Julai.. ini jadual Anwar untuk 12,13 dan 14 Julai..




14 Julai tu Anwar ada di Sarawak.. macam mana ketika Anwar ada di Sarawak dia boleh meliwat seorang Mahasiswa di Utara Semenanjung pulak...

Sepatutnya PapaGomo tulis " mahasiswa itu diliwat pada malam sebelum petang semalam (15 Julai) sebelum petang semalam (14 Julai)" barulah kena dengan jadual Anwar tu..

Mungkin dia mabuk kot semasa menulis tu?? maklumlah kan dia dulu Polis tapi kena buang kerja sebab mabuk..

Kalau dah tak ada isu sangat.. hang pi tumbuk Parpukari pulaklah PapaGomo woi.. baru hang popular semula..

Takkan tak sanggup kot nak tumbuk Parpukari tu kot.. Blogger APA yang jauh lebih tua dari hangpun hang sanggup tumbuk.. - sila baca di ( SINI ) kisah PapaGomo tumbuk APA tu..

Tak apa lah.. kita tunggu dan lihat bagaimana pula skrip seterusnya...

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails