Wednesday, July 11, 2012

Konvensyen Media Sosial 1Malaysia Pulau Pinang.. Gagal rupanya...

Ini adalah kisah yang berlaku semasa berlangsungnya Konvensyen Media Sosial 1Malaysia Pulau Pinang di Sunway Carnival Convention Centre Seberang Jaya, Ahad 8hb Julai yang lalu..


Meskipun ianya berlaku dikalangan ramai Blogger-blogger Pro UMNO yang tersohor di utara Semenanjung tanah air ini, namun tiada siapa yang sudi menulisnya..

Pada mulanya aku sangkakan apa yang dilaporkan oleh Blog Teman tapi Musuh satu Parlimen dengan aku iaitu Media Permatang Pauh adalah tepat.. tapi malangnya ianya hanyalah propaganda semata-mata.

Dan aku tahu ianya adalah propaganda semata-mata apabila seorang sahabat yang turut berada di sana menceritakannya kepada aku semalam.

Katanya aku dah salah sama sekali jika aku iktiraf atau akui Konvensyen Media Sosial 1Malaysia Pulau Pinang itu berjaya ( SINI ) kerana ianya langsung tidak mencapai sasaran..

Sasaran sebenar yang telah ditetapkan oleh pihak yang menganjurkan Konvensyen ini ialah 1500 orang, dewan yang disewa ialah seluruh ballroom yang kapasitinya 1600 orang.

Namun yang hadir hanyalah sekitar 200 orang lebih sahaja itupun termasuk anak-anak dan isteri yang tidak punya akaun Facebook ataupun Blog yang dibawa peserta.

Konvensyen dijadualkan bermula pada jam 1 tengahari dan berakhir pada jam 6 petang.

Konvensyen dikatakan telah diuruskan oleh seorang yang sering menjaja kononnya kumpulannya adalah tersenarai sebagai ‘Top 20’ dan impression atau kunjungan pembaca ke Blog-blog mereka mencecah 4 juta pengunjung dalam masa sebulan..

Dengan ayat kumpulannya tersenarai dalam ‘Top 20’ dan 4 Juta kunjungan itu, individu tersebut sering melantik dirinya sendiri sebagai pengerusi kebanyakkan majlis anjuran BN yang melibatkan Blogger dan juga Face Booker.

Mamat kat atas tu bolehlah kita katakan ‘Gila Kuasa’.. dan ada orang kata sifat ego dia menebal sebab didepan namanya ada title.. (orangUMNO tak kan tak dapat agi kot sapa dia ni?)

Mamat yang gila kuasa ini telah mengepalai Jentera Sekretariat Maya Negeri menguruskan Konvensyen ini.

Ketika jam menunjukkan hampir pukul 2.30 petang jumlah yang hadir hanyalah sekitar 100 orang sahaja

Dan apabila ditanya kenapa Konvensyen tak bermula lagi? Salah seorang dari urusetia mengatakan VVIP tak sampai lagi.. sedangkan Tok Non atau Datuk Zainal yang akan merasmikannya dah lama ternganga-nganga di dalam dewan.


Oleh itu demi meramaikan peserta maka sibuklah pihak urusetia menalipon sesiapa saja yang mereka kenal untuk hadir kemajlis itu.. lambatpun tak apa asal hadir cukuplah.

Dengan gerakan menalipon itu maka bertambahlah yang hadir.. hadir dengan terpinga-pinga..

Menyedari gambar yang akan dirakam bakal menyusahkan mereka, kerana jumlah yang hadir adalah terlalu sedikit untuk diisi oleh dewan yang besar itu, sekali lagi pihak urusetia terpaksa berkerja keras.







Mereka terpaksa mengecilkan dewan dari empat kalau tak silap aku.. menjadi hanya satu dewan kecil oleh itu akan kelihatanlah dewan dipenuhi..

Satu langkah bijak untuk menipu diri sendiri.. ha..ha..ha..

Lagipun ini penting buat mamat yang gila kuasa itu kerana gambar yang dirakam menunjukkan hadirin memenuhi dewan itu boleh dijadikan modal untuk demand dimasa depan.

Bolehlah minta lebih peruntukkan lagi untuk program akan datang.. kan Konvensen ini dah berjaya kononnya..

Kalau sekarang untuk program ini peruntukkan dari UMB ialah RM40,000 akan datang berbekalkan gambar itu bolehlah minta RM80,000 pulak kot??

Dari peruntukkan RM40,000 itu agaknya berapa yang Mamat gila kuasa tu sapu? Tentu banyakkan.. kalau kata tak ada, sebab kena beli hadiah untu cabutan bertuah tu.. kira bohonglah tu.. Pasal aku rasa.. susah nak jumpa program yang melibatkan politik ni, jika nak sediakan hadiah terpaksa membelinya.. sebab sponsorkan ada…

Persoalannya.. Adakah program yang menelan belanja sebanyak RM40,000 itu berjaya mencapai sasaran jika hanya sekadar 200 orang lebih saja yang hadir?

Bolehkah ianya dikatakan berjaya jika sasaran hadirin 1500 orang tapi yang hadir hanya 200 orang lebih sahaja..

Berjayakah ia jika yang disasarkan ialah Blogger dan Face Booker tapi yang datang entah siapa-siapa yang langsung tak punya akaun samada Blog, Twitter ataupun Face Book?

Soalan terakhir ialah berbaloikah RM40,000 itu dihabiskan untuk satu majlis yang dihadiri oleh 200 orang lebih sahaja.. Tapi aku rasa bukan RM40,000 yang diguna tu… biasalah.. pencacai UMNO pasal duit ni bertumbuk pun sanggup..

Macam kes PapaGomo tumbuk Blogger APA tu.. duit punya pasal hilang rasa hormat kepada yang lebih tua.. baca di ( SINI ) kalau tak tahu kes itu..

Dengar cerita ramai Blogger UMNO berperangai kurang ajar kepada sahabat mereka yang lebih tua dalam UMB tu..

Kurang ajar disebabkan EGO kerana merasakan diri mereka lebih hebat dari orang lama yang ada..

Kalau macam tu… sia-sia saja korang jadi ahli Parti untuk bangsa Melayu tapi tak tahu adat dan budi bahasa Bangsa Melayu!!

Patutlah depa 4 orang tu tak senyum... program gagal rupanya..

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails