Tuesday, July 31, 2012

Janji ditepati.. Najib anugerah projek buat kroni lagi..


Sebelum ini Rafizi pernah mendakwa, laporan dari Halcrow, sebuah perunding kejuruteraan terkemuka dunia membuktikan bahawa George Kent JV tidak mempunyai kemampuan dalam teknikal dan kewangan.

Menurut Rafizi  Konsortium George Kent Bhd yang telah gagal penilaian teknikal dan kewangan telah membida pada harga jauh lebih mahal dari dari Balfour Beatty, tetapi Najib tetap menganugerahkan projek LRT ini kepadanya...

Konsortium George Kent Bhd. menawarkan kos RM1.18 bilion sementara Balfour Beatty pula RM1.01 bilion perbezaannya ialah RM167 juta.

Selain lebih rendah harga yang ditawarnya Balfour Beatty punya pengalaman dalam bidang ini tetapi Konsortium George Kent Bhd tidak punya pengalaman dalam bidang ini..

Tidak berpengalaman dan harganya juga lebih RM167 Juta..

Dan dari laporan Malaysiakini di bawah.. George Kent-Lion Pasific Venture (JV) tidak dinyatakan punya kepakaran dalam bidang ini tetapi yang punya kepakaran ialah rakan kongsinya..

Syarikat Prasarana Negara Bhd hari ini secara rasmi mengumumkan bahawa kontrak untuk projek sambungan LRT Ampang dianugerahkan kepada syarikat kerjasama George Kent-Lion Pasific Venture (JV).

Menurutnya, JV adalah 100 peratus syarikat milik tempatan dan disokong oleh rakan kongsi yang berwibawa pelbagai disiplin teknikal tempatan dan antarabangsa, semua mempunyai rekod pencapaian yang terbukti dalam bidang kepakaran masing-masing - Malaysiakini

Projek yang bernilai RM7 billion itu merangkumi laluan baru dari laluan Kelana Jaya dan laluan Ampang yang akan bersambung di stesen baru di Putra Heights.

Projek tambahan LRT Ampang ini akan merangkumi sepanjang 17.7 kilometer dari Stesen Sri Petaling dan akan mempunyai 11 stesen baru dengan dua stesen tambahan untuk masa hadapan.

Projek tambahan LRT Ampang ini juga tersenarai dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) untuk membangunkan perkhidmatan pengangkutan awam di tengah bandar raya Kuala Lumpur.

Percayalah selagi UMNO/BN kekal berkuasa kita akan terus menyaksikan projek-projek Mega dianugerahkan kepada kroni mereka yang tak punya kelayakkan.. dan hasilnya projek terpaksa di 'Bail Out' lagi..

Tapi... orang UMNO kata kat aku jangan tulis kroni UMNO tapi tulis kroni Najib dan Rosmah.. pasal yang dapat projek dari Najib ni semuanya kroni dia dan Rosmah saja..


Pendedahan oleh Rafizi tentang projek ini, sila baca di ( SINI )

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails