Sunday, July 15, 2012

Hishamuddin kata pasangan mengamuk sebab nak berdepan dengan Najib..


Tentu korang pernah dengar Tujuan Khalil Afandi Abdul Hamid dan Muhdalina Ahmad, menceroboh dan mengamuk di pekarangan Kompleks B Jabatan Perdana Menteri (JPM), Isnin lalu dengan menggunakan dua bilah pedang samurai adalah untuk ‘berdepan’ dengan Perdana Menteri.

Itu kenyataan  Hishamuddin tentang dua orang dilaporkan mengamuk itu..

Tentu korang pernah dengar ayat ni.. 'Dead man can't talk'.. jadi adalah mudah untuk kita menuduh orang yang mati kerana simati tak mungkin memberikan jawapan terhadap tuduhan kita..

Baca dan fahamkan laporan dari Agendadaily ni..

Pasangan mengamuk nak ‘berdepan’ dengan Perdana Menteri

Tujuan Khalil Afandi Abdul Hamid dan Muhdalina Ahmad, menceroboh dan mengamuk di pekarangan Kompleks B Jabatan Perdana Menteri (JPM) Isnin lalu dengan menggunakan dua bilah pedang samurai adalah untuk ‘berdepan’ dengan Perdana Menteri.

Menteri Dalam Negeri Datuk seri Hishamuddin mengesahkan mengenai niat mereka itu menerusi twitternya awal pagi Jumaat.

Beliau bagaimanapun tidak menjelasan maksud nak ‘ berdepan’ Datuk Seri Najib Tun Razak itu.

Hishamuddin turut mengesahkan tindak tanduk mereka itu tidak melibatkan satu rangkaian besar atau puak ekstremis dan pengganas.

Katanya Khalil Afandi yang mati setelah cedera ditembak polis dalam kejadian itu mengakui dirinya Imam Mahadi merasakan dirinya kebal tidak boleh mati dan boleh menghentikan waktu.

Berikut ialah mesej di twitter beliau:


Sebelum ini ramai tertanya apa sebabnya kedua mereka boleh buat gila bertindak demikian di JPM.

Komplek B JPM dimana mereka mengamuk terletak bersebelahan jalan komplek utama JPM,Perdana Putra yang menempatkan pejabat Perdana Menteri. 

Keduanya adalah dalam kawasan pagar yang berasingan. 

Namun mereka tidak mungkin dapat menceroboh masuk ke Perdana Putra kerana kawalan keselamatan di situ amat ketat. 

Ini berbeza sikit dengan tahap kawalan di Komplek B JPM antara lain menempatkan pejabat Unit Penyelarasan Perlaksanaan (ICU). 

Rabu ,Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah ketika mengesahkan kedua-dua mereka dihantar oleh suami dan isteri masing-masing ke kompleks JPM.

Selasa Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh membertitahu Khalil Afandi dan Muhdalina dipercayai mempunyai masalah mental ekoran ajaran sesat yang diikuti mereka.

Katanya mereka meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap kerajaan yang tidak mengamalkan pemerintahan Islam.

Beliau bagaimanapun kata kejadian itu tidak ada kaitan dengan politik dan minta semua pihak tidak buat spekulasi - Agendadaily

Hishamuddin kata Khalil Afandi nak berdepan dengan Najib tapi Agendadaily laporkan beliau tidak mungkin dapat menceroboh masuk ke Perdana Putra kerana kawalan keselamatan di situ amat ketat.

Dan komplek B JPM dimana mereka mengamuk terletak bersebelahan jalan komplek utama JPM,Perdana Putra yang menempatkan pejabat Perdana Menteri.

Macammana agaknya Allahyarham Khalil Afandi nak berdepan dengan Najib sedangkan beliau telah memasuki kawasan yang salah??

Apa cerita sebenarnya ni?

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails