Saturday, July 7, 2012

Hamper RM2Juta tanpa tender terbuka?.. ini penjelasan dari Kerajaan Negeri Selangor..


Kerajaan Selangor menjelaskan bahawa pemberian kontrak membekalkan hamper Hari Raya dan Deepavali bernilai RM 2 juta dari 2009 ke 2011 adalah mengikut prosedur yang betul.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, ketika pemberian kontrak pada 2008 dan 2009, sebahagiannya dibuat melalui rundingan terus kerana ia bernilai bawah RM50,000.

Namun, pada tahun ini, pemberian kontrak akan dilakukan melalui tender terbuka yang diuruskan oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN).

“Pada 2008 dan 2009, ada keputusan yang menetapkan tender itu dibuat secara terus tanpa melalui tender terbuka kerana nilainya bawah RM50,000.

 “Tetapi apabila menyentuh soal RM2 juta, kita mesti melalui tender terbuka,” katanya kepada pemberita semasa Program Terima Kasih Rakyat daerah Gombak, di sini.

Beliau bersedia mendedahkan proses pemberian tender tersebut kepada media semasa persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS) yang akan berlangsung Isnin depan.

“Kalau mahu maklumat terperinci, kita akan dedahkan pada sidang DNS nanti. Kerajaan Negeri telus dalam melakukan kerja,” ujarnya lagi.


Portal berita Malaysiakini semalam melaporkan, Kerajaan Selangor memberi kontrak membekalkan hamper bernilai RM2 juta sejak 2009 tanpa melalui tender terbuka.

Agihan hamper percuma kepada golongan miskin dan kurang bernasib baik semasa Hari Raya dan Deepavali itu dibuat oleh Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar.

Sementara kira, 200 penduduk setempat datang pada sesi sesi aduan pada PKMR hari ini di Dewan Beringin Taman Sri Gombak di sini.

Mereka mengemukakan masalah perumahan dan memohon pelbagai bantuan kewangan serta pemilikan tanah. - Selangorku


Justice for Uncle Seekers
Image by Cool Text: Logo and Button Generator - Create Your Own Logo

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails